Judul : Pembangunan 'kosmetik' untuk Melayu-Islam Pulau Pinang?
link : Pembangunan 'kosmetik' untuk Melayu-Islam Pulau Pinang?
Pembangunan 'kosmetik' untuk Melayu-Islam Pulau Pinang?
Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Pendirian PKR berhubung nasib orang Melayu Pulau Pinang adalah cukup jelas. Secara rasminya parti reformasi itu insaf bahawa DAP tidak mampu membela nasib mereka.
"Harus diingat Ketua Menteri daripada kaum Cina, seorang pimpinan DAP. Maka tentulah beliau hendakkan input dari orang Melayu yang di luar DAP.
“Beliau boleh dapat (pandangan) dari exconya, namun kesemua mereka berada di bawahnya. Tentunya mereka akan mempunyai pandangan berbeza.
"Saifuddin ke sana dengan satu matlamat. Bukan soal imej sahaja, mungkin secara tak langsungnya dapat 'mileage' itu,” kata Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul.
Namun lebih penting, katanya, sebagai seorang pemimpin Melayu PKR, Saifuddin terjun ke Pulau Pinang untuk membantu menaikkan taraf ekonomi dan sosial kaum Melayu.
“Apakah itu salah?," soal Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.
Sudah tentu jawapan pada persoalan Johari ialah, ia memang tidak salah. Memang tanggungjawab setiap parti politik Melayu-Islam seperti PKR ialah membantu umat Melayu-Islam tidak kira di mana.
Namun dalam satu nafas yang sama Johari juga mengakui bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang memang belum berjaya membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi orang Melayu-Islam di negeri itu sejak mula memerintah pada 2008.
Lebih memilukan ialah kenyataan Johari itu adalah pengakuan bahawa perwakilan PKR dalam kerajaan Pulau Pinang sejak sembilan tahun lalu memang tidak berkesan melonjakkan mutu kehidupan rakyat Melayu-Islam di negeri itu.
PKR mempunyai wakil rakyat Melayu sejak 2008 hingga ke peringkat Timbalan Ketua Menteri. Ia juga mempunyai ahli exco dalam kerajaan negeri.
Bagaimanapun sedihnya, di akhir musim kedua pemerintahan DAP dan PKR di Pulau Pinang barulah usaha “memperjuangkan agenda Melayu-Islam” hendak diperkasakan dan PKR bersorak bahawa Setiausaha Agungnya orang paling layak menggalas tugas itu.
"Ya, kita ada exco (kerajaan negeri), namun dari segi strateginya Ketua Menteri memerlukan seorang yang berpengalaman, dan pengalaman itu mesti datang dari seseorang yang matang, berkelayakan dan berpengalaman politik.
"Sebagai seorang bekas setiausaha politik menteri dan sekarang Setiausaha Agung PKR dan pernah menjadi ADUN dan Ahli Parlimen, maka tidak ada orang yang lebih layak daripada beliau (Saifuddin) untuk menasihati Ketua Menteri atas isu-isu khususnya melibatkan orang Melayu," katanya.
Saifuddin, minggu lalu dilantik kerajaan negeri sebagai Penasihat Strategik Guan Eng dan inisiatif itu menurut Guan Eng ialah untuk memulihkan imej DAP yang sebelum ini didakwa sebagai anti-Melayu dan Islam.
Bagaimanapun, mengapa bakat dan kemahirannya tidak digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan nasib rakyat Selangor yang diperintah PKR?
Mutakhir ini banyak rungutan rakyat kedengaran berhubung prestasi kerajaan Selangor. Dari isu perkhidmatan air, urusan sampah, kemudahan serta kebajikan rakyat lain, mutu perkhidmatan di bawah Datuk Seri Azmin Ali jelas ada kemerosotan.
Ketika itu, Khalid bermasalah dalam merapatkan perkhidmatan kerajaannya dengan aspirasi PKR. Namun Khalid berjaya menyekat Saifuddin mengisi jawatan berkenaan sehingga akhirnya Khalid meletak jawatan.
Kepakaran Saifuddin diperlukan untuk bela nasib Melayu-Islam Pulau Pinang?
Isunya kini, inisiatif “meminjamkan” kepakaran Saifuddin ini mendedahkan bahawa baik DAP mahupun PKR hanya bekerja untuk rakyat Melayu-Islam Pinang pada saat-saat akhir sahaja.
Dengan perkataan lain soal kebajikan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang, baik di mata DAP mahupun PKR, bukanlah satu keutamaan. Kini dalam menghadapi PRU 14, barulah kedua-duanya (bekerjasama?) meningkatkan pembangunan untuk mereka.
Setelah meminggirkan kepentingan Melayu Islam di negeri itu barulah mereka terkocoh-kocoh mencari Saifuddin untuk membuat perbaikan.
Yang dikhuatiri ialah, dengan masa yang semakin suntuk menjelang PRU 14, sudah tentu apa yang mampu dilakukan oleh Saifuddin ialah pembangunan bersifat tempelan atau kosmetik sahaja.
Inisiatif Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memang baik. Namun soal keikhlasannya wajar dipersoalkan.
Restu dan sokongan PKR untuk “menutup” kelemahan DAP adalah satu persekongkolan untuk “mempermainkan” nasib Melayu-Islam di negeri itu. Bakat dan kepemimpinan sebenar Saifuddin agak terlindung oleh sifir politik ini.
Namun yang lebih sesuai dan perlu diutamakan oleh Saifuddin ialah memperkukuh kubu dan sokongan rakyat di Selangor untuk partinya. Dengan kemunculan parti Amanah, politik pembangunan di Selangor semakin kompleks.
Ini kerana PKR perlu mengimbangi keghairahan Amanah untuk mempamerkan kemampuan kepimpinannya di Selangor melalui wakil-wakil dan kerajaan tempatan dengan prestasi wakil PAS yang masih menjadi sekutu PKR di Selangor.
Namun mungkin Azmin dan konco-konconya yakin bahawa kerajaan pimpinannya masih kukuh dan tidak akan tumbang tanpa sokongan dan usaha daripada jentera PKR di bawah pimpinan Saifuddin.
Usahlah Saifuddin nanti terkilan PKR ‘menang sorak tetapi kampung tergadai’ di Selangor kerana sibuk ‘menyusukan kera politik DAP di Pulau Pinang dan anak siasah PKR di Selangor mati kelaparan’.
Demikianlah Artikel Pembangunan 'kosmetik' untuk Melayu-Islam Pulau Pinang?
Sekianlah artikel Pembangunan 'kosmetik' untuk Melayu-Islam Pulau Pinang? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembangunan 'kosmetik' untuk Melayu-Islam Pulau Pinang? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/pembangunan-kosmetik-untuk-melayu-islam_19.html