Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB

Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB
link : Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB

Baca juga


Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria yang sememangnya terkenal mempertahankan kerajaan menjadi perhatian umum sekali lagi, kali ini beliau mempertahankan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga haji kepada jemaah yang ditaja oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harussani bangkit menangkis dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengeluarkan kenyataan bersentimen politik dengan hujah agama yang seolah-olah cuba membetulkan keadaan walaupun diketahui salah laku melibatkan 1MDB.

Persoalannya, Harussani tidak pula menjawab mengenai sumber wang 1MDB yang digunakan untuk menaja jemaah haji tersebut walhal sudah berjuta-juta duit daripada syarikat dana negara itu lebuh hilang tanpa rekod.

1MDB terpalit dengan skandal melibatkan banyak negara, terbaharu apabila Mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu ke atas bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bank BSI yang ada kaitan dengan 1MDB – atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.

Yak Yew Chee sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura, juga pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang digambarkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu utama dalam siasatan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, pihak Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman pada Julai 2016 yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.78 bilion) daripada dana awam 1MDB diseleweng, selain memohon untuk menyita sebarang aset yang dibeli menggunakan wang curi tersebut.

Bimbang dengan saman itu, Dewan Rakyat juga menghalang sebarang perbahasan tentang tuntutan saman DOJ itu.

Bagaimanapun, berbeza dengan negara luar yang bersungguh-sungguh membawa pesalah ke muka pengadilan, kerajaan Malaysia berdiam diri seribu bahasa mengatakan syarikat diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak ada membuat sebarang kesalahan dan tidak akan berdepan pendakwaan.

Ia suatu yang menghairankan apabila kerajaan dan menteri kabinet menutup mereka seolah-olah merelakan duit rakyat itu hilang begitu sahaja, ini termasuk menteri agama dan mufti.

Lebih memeningkan apabila Harussani bertindak seolah-olah penasihat agama dan mufti kepada 1MDB, mempertahankan perkara yang terang-terang mencurigakan.

Untuk mengetahui tentang Harussani, TMM membekalkan beberapa maklumat mengenai siapa beliau sebenarnya :


Demikianlah Artikel Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB

Sekianlah artikel Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/pendedahan-mengapa-mufti-harussani.html

Subscribe to receive free email updates: