Judul : Polis Tidak Terlibat, YDP Majlis Perbandaran Klang Berbohong
link : Polis Tidak Terlibat, YDP Majlis Perbandaran Klang Berbohong
Polis Tidak Terlibat, YDP Majlis Perbandaran Klang Berbohong
My Nation News – “Kita tidak memohon permit kerana dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang ini, pihak polis terlibat sekali, sepatutnya perkara seperti ini (soal permit) perlu dimaklumkan awal oleh pihak mereka,” itu dakwaan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Baca: http://ift.tt/2hSBHEx
Hakikatnya, polis menafikan terlibat dalam di dalam jawatankuasa penganjuran program Fiesta Gegar Klang di mana berlaku satu kejadian bunga api tersasar ke arah penonton mengakibatkan 14 orang termasuk empat kanak-kanak cedera.
Malah, pihak MPK tidak pernah meminta nasihat atau pandangan mengenai pertunjukan bunga api daripada polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata kenyataan dibuat oleh YDP MPK itu adalah tidak benar sama sekali.
“Merujuk kepada kenyataan akhbar Utusan Malaysia di dalam artikal bertajuk ‘Polis, MPK saling tuding jari. Pertunjukan bunga api tiada permit’ bertarikh 2 Januari 2017 di muka surat 4 di ruangan ‘Dalam Negeri’ mengenai kenyataan oleh YDP MPK Klang Datuk Mohamad Yasid Bidin mendakwa pihak polis terlibat sama dalam jawatankuasa penganjuran program Fiesta Gegar Klang 2016 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 30 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017.
“Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad menafikan kenyataan yang dibuat oleh YDP MPK Klang adalah tidak benar sama sekali. Pihak polis sama sekali tidak terlibat di dalam jawatankuasa penganjuran program tersebut.
“Pihak polis pernah dijemput sekali sahaja menghadiri mesyuarat berkaitan program ini pada 24 November 2016 di bilik mesyuarat Raja Mahadi MPK Klang dan sejak daripada tarikh tersebut pihak polis tidak lagi terlibat dengan mana-mana mesyuarat atau perbincangan berhubung program Fiesta Gegar Klang 2016.
“Adalah menjadi tanggungjawab pihak polis menyediakan penugasan kawalan keselamatan bagi setiap program yang dianjurkan yang melibatkan penyertaan orang ramai.
“Memandangkan pihak penganjur tidak membuat permohonan permit, merujuk atau meminta sebarang pandangan atau nasihat daripada pihak polis bagi mengadakan pertunjukan bunga api di dalam program tersebut maka pihak polis beranggapan bahawa pertunjukkan bunga api telah dibatalkan dan penugasan pihak polis hanya memberi tumpuan terhadap kawalan keselamatan orang ramai sahaja,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan IPD Klang Selatan lewat malam tadi.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Polis Tidak Terlibat, YDP Majlis Perbandaran Klang Berbohong
Sekianlah artikel Polis Tidak Terlibat, YDP Majlis Perbandaran Klang Berbohong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Tidak Terlibat, YDP Majlis Perbandaran Klang Berbohong dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/polis-tidak-terlibat-ydp-majlis.html