Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur

Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur
link : Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur

Baca juga


Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur

Antarapos ·


 

KUALA LUMPUR – Cadangan kerajaan untuk melarang motorsikal berkuasa rendah atau ‘kapcai’ dari memasuki Kuala Lumpur tidak diterima baik rakyat, terutama mereka yang menggunakan jenis kenderaan itu untuk bergerak.

Bagi Shahril Basri, 36, cadangan yang disuarakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada dua hari lalu seolah-olah tidak mengendahkan nasib rakyat bawahan.

“Bagaimana pula dengan yang (golongan) kurang upaya? Ada yang memerlukan masa, kenderaan awam ini (kena) menunggu, kita kena keluar lebih awal.

“Kena kaji balik sebab kita yang cukup sifat mungkin tidak apa. Yang tak cukup (sifat) dan motor sahaja mereka ada, takkan tak nak beri mereka masuk (ke KL menggunakan motorsikal)?,” itu persoalan yang ditimbulkan Shahril ketika ditemui Antarapos.

Berkongsi padangan yang sama, Shahleen Ramli, 28, berkata rata-rata mereka yang menggunakan motor untuk memasuki ibu kota adalah kerana mudah bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada kesesakan lalu lintas.

Apatah lagi motorsikal, terutamanya ‘kapcai’ boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan.

“Nak haramkan kapcai tak patut. Sebab rakyat marhaen pun pendapatan tidak banyak masa, hendak beli yang baru pun… Tapi kalau pengangkutan awam pun kita sedia tahu ada pelbagai masalah,” ujarnya.

Malah mengulas kononnya kapcai sebagai punca utama yang membawa kepada pencemaran udara yang tinggi di Kuala Lumpur, gadis yang bekerja sendiri itu menolak tanggapan sedemikian.

“Tak semua kapcai mencemarkan udara. Malah minyak kita pun bukan berplumbum tinggi, minyak kita berkualiti tinggi,” tegasnya.

Dua hari lalu wujud cadangan kerajaan yang mungkin akan melarang motorsikal berkuasa rendah atau ‘kapcai’ untuk memasuki Kuala Lumpur apabila rakyat terbanyak boleh mendapatkan pengangkutan awam pada harga berpatutan.

Tengku Adnan ketika mengumumkan perkara itu berkata kementerian juga akan mencadangkan larangan kepada kereta untuk memasuki pusat bandar memandangkan keadaan sesak di Kuala Lumpur, terutama ketika siang hari.

Ujarnya, ia adalah langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon yang menjadi faktor pencemaran udara akhir-akhir ini.

“Saya tidak bersetuju. kalau nak kata soal pencemaran udara, sebenarnya sama sahaja, motor, kereta atau pengangkutan awam semua sama sahaja. Maka saya kurang bersetuju,” itu luahan Wahida Ramli, 35.

Wahida yang menggunakan motorsikal untuk berulang-alik dari rumahnya di Gombak ke ibu kota untuk bekerja berpendapat cadangan itu akan membebankan dirinya.

Malah dia juga menggesa kerajaan mengkaji cadangan itu sebaik-baiknya dengan mengambil kira pandangan rakyat terbanyak sebelum melaksanakan larangan berkenaan.

“Saya tak bersetuju sebab saya memang menggunakan motor sebanyak 100 peratus, sama ada untuk bekerja, balik kerja dan keluar kemana-mana.

“Seperti susah hendak menggunakan pengangkutan awam, rumah pula di kawasan pedalaman sedikit. Maka kena jalan kaki untuk sampai ke stesen tren. Agar sukar sikit,” katanya lagi.

Sementara itu, Anthony a/l Doraisamy memberi alasan kos sara hidup yang semakin meningkat juga menyebabkan dia lebih senang menggunakan kapcai untuk bergerak ke sana sini.

“LRT kita perlu ambil teksi, bayar upah. Kemudian nak sampai cepat pun sukar.

“Saya sudah pencen, saya selalu masuk KL sebab hantar isteri ke sini (kerja),” katanya.

Di sebalik kos sara hidup yang semakin menekan. Anthony juga menyuarakan kebimbangannya terhadap caj-caj yang dikenakan kepada pengguna motorsikal apabila memasuki sesebuah bangunan.

“Saya tidak berpuas hati, sebab ramai orang susah. Petrol naik harga, barang-barang keperluan pun naik harga. Ada juga (kena bayar caj letak kenderaan), kalau masuk sesetengah pusat beli-belah seperti Sogo dengan motor, kita kena bayar.

“Ada masa kena bayar RM0.90, ada juga kena bayar sehingga RM2.00,” luahnya lagi.



Demikianlah Artikel Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur

Sekianlah artikel Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat tidak setuju ‘kapcai’ dilarang masuk Kuala Lumpur dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/rakyat-tidak-setuju-kapcai-dilarang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :