Judul : Remaja panjat 'Ipoh' mohon maaf, janji tidak buat lagi
link : Remaja panjat 'Ipoh' mohon maaf, janji tidak buat lagi
Remaja panjat 'Ipoh' mohon maaf, janji tidak buat lagi
ANTARAPOS.COMIPOH: Selepas menyerah diri kepada polis kelmarin, sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda “Ipoh” tampil memohon maaf kepada semua.
Wakil kumpulan lapan anak muda itu berkata mereka menyedari kesilapan yang sudah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya, lapor portal Utusan Malaysia.
Aktiviti memanjat mercu tanda itu, di puncak sebuah bukit batu kapur di sini, bukan untuk meraih populariti namun ia ditularkan oleh pihak lain, kata Norfarihan Baharuddin.
“Bukan kami yang menyebarkan gambar aksi kami di papan tanda Ipoh. Ia tersebar selepas kami ditemubual oleh satu laman sosial dan kami tidak menyangka ia menjadi viral,” katanya.
Norfarihan, 23, bersama empat lagi rakannya hari ini bertemu exco belia dan sukan Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Beliau sebelum ini dilaporkan merancang meneruskan hobi berbahaya itu di luar negara. Aktiviti mencabar ini semakin popular di kalangan anak muda di serata dunia.
“Saya akan teruskan minat tetapi mungkin bukan di negara ini. Di Malaysia, mungkin dianggap terlalu bahaya untuk melakukan aktiviti seperti ini,” katanya seperti dilaporkan.
Menurut Bernama, foto mereka memanjat dan berdiri tanpa tali keselamatan di perkataan IPOH menular hujung bulan lalu, antaranya di laman sosial Instagram dan YouTube.
Kumpulan berkenaan juga merakamkan aksi baring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka tiang papan tanda tersebut.
Demikianlah Artikel Remaja panjat 'Ipoh' mohon maaf, janji tidak buat lagi
Sekianlah artikel Remaja panjat 'Ipoh' mohon maaf, janji tidak buat lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja panjat 'Ipoh' mohon maaf, janji tidak buat lagi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/remaja-panjat-ipoh-mohon-maaf-janji.html