Judul : Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat
link : Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat
Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat
MALAYSIA DATELINEExco Pemuda Amanah Nasional, Mohd Ammar Atan berkata, pihaknya khuatir apabila skim ini diperkenalkan apabila memikirkan kesan negatif yang bakal dihadapi oleh rakyat.
"Kerajaan terlalu fokus kepada meningkatkan pemilikan rumah bukannya ‘pemilikan berhemah'.
"Ini kerana sekiranya pembelian rumah ini diikat dengan wang simpanan KWSP, ia bakal menjejaskan rakyat sewaktu persaraan kelak sekiranya ketidakmampuan mereka untuk membayar.
"Realitinya, rakyat sudah terbeban dengan beban perbelanjaan seharian yang sentiasa meningkat dan tanggungan hutang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, skim yang diperkenalkan kerajaan ini akan mewujudkan tiga implikasi ekonomi kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Ia akan mengakibatkan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) rakyat terkunci secara terus, mewujudkan ‘sub-prime’ loan dan mengakibatkan tanggungan bebanan hutang yang tinggi bagi rakyat.
Sebaliknya beliau berkata, isu utama dalam industri perumahan negara yang perlu diselesaikan adalah dengan menawarkan lebih banyak rumah yang benar-benar mampu milik setara dengan 50 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan RM4,585 ke bawah.
Gaji yang tidak berkembang dan peningkatan kos sara hidup serta kos-kos perbelanjaan lain menyebabkan rakyat terus tersepit dengan keadaan seperti ini.
"Justeru, Pemuda Amanah Nasional menggesa kerajaan untuk menghentikan skim pembiayaan akhir yang akan menjerut rakyat kelak dan menfokuskan kepada isu utama dalam hal pemilikan perumahan rakyat," katanya.
Demikianlah Artikel Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat
Sekianlah artikel Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/skim-pembiayaan-akhir-pr1ma-bakal-jerut.html