SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa

SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa
link : SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa

Baca juga


SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa

 
Siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan Pengerusi Mara dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan


annuar-musa-macc-1


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini disiasat berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

SPRM dalam kenyataan hari ini mengumumkan 1 kertas siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan itu.
“SPRM akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman Mara bagi menyiasat beberapa isu melibatkan isu rasuah dan salah guna kuasa Annuar.

“Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

“Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman Mara,” kata SPRM.
Sementara itu, kakitangan pejabat Pelaburan Mara Bhd (PMB) di One Sentral, Kuala Lumpur mengesahkan SPRM datang ke pejabat mereka hari ini.

“SPRM ada datang tapi saya tak tahu masa dan barang yang diambil,” katanya ketika ditemui FMT.
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dituduh menggunakan dana PMB untuk menaja pasukan bola sepak negeri yang bermain dalam Liga Super Malaysia.

Perkara itu mula dibangkitkan Tunku Muda Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempertikaikan penggunaan “duit rakyat” untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan daripada masalah kewangan.

TMJ meminta Annuar menjelaskan “tajaan paksa” daripada PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu.
UniKL merupakan universiti swasta milik Mara.

Annuar, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, nafi menggunakan dana PMB dan UniKL untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Menurut beliau, Mara tidak pernah menaja pasukan bola sepak itu, dan peletakan logo ulangtahun ke-50 majlis itu pada jersi Kelantan, bernilai RM250,000, diberikan kepada Mara secara percuma.

SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada suruhanjaya menjalankan siasatan.



Demikianlah Artikel SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa

Sekianlah artikel SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM sahkan siasatan terhadap Annuar Musa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/sprm-sahkan-siasatan-terhadap-annuar.html

Subscribe to receive free email updates: