Judul : SPRM tahan seorang penolong pegawai tanah
link : SPRM tahan seorang penolong pegawai tanah
SPRM tahan seorang penolong pegawai tanah
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menggiatkan usaha mengekang aktiviti rasuah di negara ini apabila menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor Bharu, hari ini.
Suspek berusia 56 tahun itu ditahan sekali lagi petang tadi,selepas kali pertama ditahan pada November lalu.
Menurut sumber, suspek disyaki menerima rasuah berbentuk 'pinjaman' bernilai RM150,000 daripada seorang pemilik syarikat yang sering berurusan dengannya di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru berkaitan permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.
Selain itu, suspek juga turut menjalankan urusniaga jual beli tanah dan menggunakan nama anaknya sendiri untuk dijadikan proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang berbangsa Cina.
Difahamkan , dia menerima keuntungan kira-kira RM100,000 hasil urusniaga jual beli tanah itu.
Dalam siasatan pada November lalu, SPRM mengesahkan lelaki terbabit memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di Johor.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dibawa ke mahkamah untuk dituduh esok.
Demikianlah Artikel SPRM tahan seorang penolong pegawai tanah
Sekianlah artikel SPRM tahan seorang penolong pegawai tanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM tahan seorang penolong pegawai tanah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/sprm-tahan-seorang-penolong-pegawai.html