Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit

Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit
link : Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit

Baca juga


Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kesal dengan kenyataan melampau Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali hari ini menyifatkan bekas perdana menteri itu berada dalam keadaan 'nazak politik'.
 
Reaksi itu diberikan selepas Dr Mahathir mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang program khas haji perdana menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak akan mendapat haji mabrur.
 
"Apabila manusia sedang terdesak, beliau sanggup berbuat hal di luar fikiran. Apabila menyentuh soal haji seseorang itu mabrur atau tidak, ini sudah sampai tahap mendatangkan dosa kerana beliau mengambil kerja tuhan.
 
"Apakah beliau nanti hendak katakan masjid yang dibina dengan duit kerajaan peruntukkan sebagai solat yang tidak diterima? Atau beliau juga akan mengatakan sesiapa yang memberi zakat kepada agensi yang kerajaan wartakan sebagai zakat itu tidak sah?
 
"Saya melihat ini sebagai satu titik penghujung desakan dan membawa beliau mengambil kerja Allah SWT. Ini berbahaya sebab kita kena faham apabila kita sudah mula hendak ambil kerja Allah SWT, kita bermain dengan soal hidayah sedangkan ia hak Allah, bukan manusia untuk tentukan," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Dr Mahathir pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar sebelum ini berkata haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan menerusi Yayasan 1MDB akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan haji di Makkah, malah mereka yang terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci itu nanti.
 
Bagaimanapun pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB kerana tajaan itu sudah mula dilakukan sejak 2011.
 
Aidit, ketika mengulas lanjut berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lebih sanggup menggadaikan kepentingan agama semata-mata demi kepentingan politiknya.
 
"Beliau berada dalam keadaan nazak politik, maka beliau berani melakukan dan mengatakan apa sahaja demi 'survival politic'. Beliau sekarang sedar bahawa walaupun beliau berbaik dengan pembangkang, daripada beliau boleh menjaid orang yang mempimpin pembangkang, beliau kini sedar pembangkang sedang memperalatkannya," tegasnya lagi.
 
Sebelum ini Dr Mahathir juga mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan sebagai satu bentuk rasuah yang digunakan Najib Razak untuk meraih sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
 


Demikianlah Artikel Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit

Sekianlah artikel Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tentukan haji mabrur seolah ambil kerja Allah - Aidit dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/tentukan-haji-mabrur-seolah-ambil-kerja.html

Subscribe to receive free email updates: