Judul : Terkejut terima berita pemergian Adenan
link : Terkejut terima berita pemergian Adenan
Terkejut terima berita pemergian Adenan
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan dekat Kuching.
Beliau yang berusia 72 tahun meninggal dunia pada 1.20 petang tadi.
- Foto Bernama
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui terkejut sebaik sahaja mendapat berita tentang pemergian bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, hari ini.
Sedih dengan khabar tersebut, beliau mengucapkan takziah terhadap keluarga Adenan dan seluruh rakyat Sarawak yang terkesan dengan kehilangan pemimpin itu.
“Terkejut dan sedih mendapat berita tentang pemergian Adenan ke rahmatullah.
“Takziah kepada semua ahli keluarga dan rakyat Sarawak. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebooknya, hari ini.
Adenan,72, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung tengahari tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia]
Dalam pada itu, kesedihan di atas pemergian Adenan turut dikongsikan oleh rakan pimpinan pembangkang yang lain.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerusi Twitter miliknya turut meluahkan rasa kehilangan yang dihadapi.
Beliau turut menyatakan rasa duka ke atas kehilangan Adenan sebagai salah seorang pemimpin di negara ini.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Adenan. Negara dan Sarawak telah kehilangan pemimpin yang berwawasan tinggi,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi Tweet handle, @tianchua berkata, pemergian Adenan telah memberi kesan mendalam terhadap seluruh rakyat.
“Rakyat Malaysia turut sedih terhadap pemergian Adenan. Takziah kepada keluarga dan rakyat Sarawak atas kehilangan pemimpin tersayang,” katanya.
Demikianlah Artikel Terkejut terima berita pemergian Adenan
Sekianlah artikel Terkejut terima berita pemergian Adenan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terkejut terima berita pemergian Adenan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/terkejut-terima-berita-pemergian-adenan.html