Judul : TPM Untuk DAP : Sebab Itu Kit Siang Tidak Berani Saman Tunku Aziz
link : TPM Untuk DAP : Sebab Itu Kit Siang Tidak Berani Saman Tunku Aziz
TPM Untuk DAP : Sebab Itu Kit Siang Tidak Berani Saman Tunku Aziz
Jawapan berbelit DAP berkenaan isu jawatan Timbalan Perdana Menteri memberi justifikasi mengapa Penasihat DAP tidak mempunyai keberanian untuk menyaman bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Lim Sian See berkata Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengaku DAP pernah menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan bukannya jawatan Perdana Menteri.
“Jadi, Mahathir berkata DAP memberitahu beliau secara jelas bahawa mereka mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri,” ulasnya.
Namun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjawab Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan jawatan Perdana Menteri kecuali pernah memutuskan untuk memberi jawatan itu kepada Anwar Ibrahim yang kini sedang berada di penjara kerana kesalahan meliwat.
Menurut Lim Sian See, jawapan Guan Eng tersasar jauh daripada kenyataan Dr Mahathir.
“Jika Lim Guan Eng ikhlas, beliau patut menjawab ‘Mahathir adalah pendusta. DAP tidak pernah memberitahu hal itu kepadanya’.”
“(Jadi) Tidak hairanlah Uncle Lim Kit Siang tidak pernah menyaman Tunku Aziz,”ulasnya lagi.
Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan wujud pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu.
Dedahnya, perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Malah katanya, tindakan Kit Siang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara hanyalah satu cubaan ‘political red herring’ (politik mengalih tumpuan).
Ini kerana, katanya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit Siang sebenarnya.
“Saya mengetahui pakatan sulit antara Dr Mahathir dan Kit Siang ini daripada sumber boleh dipercayai dan saya jangka kedua-dua pemimpin itu tidak akan mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tunku Abdul Aziz berkata beliau yakin pakatan sulit ini tidak disedari pemimpin pembangkang yang lain termasuk Wan Azizah, Muhyiddin dan pimpinan Parti Amanah Negara.
Demikianlah Artikel TPM Untuk DAP : Sebab Itu Kit Siang Tidak Berani Saman Tunku Aziz
Sekianlah artikel TPM Untuk DAP : Sebab Itu Kit Siang Tidak Berani Saman Tunku Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TPM Untuk DAP : Sebab Itu Kit Siang Tidak Berani Saman Tunku Aziz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/tpm-untuk-dap-sebab-itu-kit-siang-tidak.html