Judul : Tun M jaguh pusingan U - Najib
link : Tun M jaguh pusingan U - Najib
Tun M jaguh pusingan U - Najib
ANTARAPOS.COMPEKAN: Datuk Seri Mohd Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jaguh 'pusingan U' kerana sering membuat kenyataan berdolak dalik termasuk berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebelum ini menuduh BR1M sebagai rasuah kerajaan untuk menang pilihan raya umum.
Namun terbaru ketika berucap sewaktu majlis pelancaran PPBM malam tadi, Dr Mahathir membuat pusingan U dengan mengatakan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M jika menang pilihan raya umum akan datang.
"Dalam masa tiga minggu beliau (Dr Mahathir) menukar pendirian dan buat kenyataan pusingan U.
"Sejak kebelakangan ini beliau banyak membuat kenyataan bercanggah satu demi satu.
"Jadinya kita boleh anggap beliau sebagai jaguh U-turn," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi.
Pendirian terbaru mantan Perdana Menteri itu jelas bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini bahawa BR1M itu adalah 'rasuah'.
Malah beliau sebelum ini turut mengingatkan rakyat di negara ini bahawa bantuan berkenaan merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Demikianlah Artikel Tun M jaguh pusingan U - Najib
Sekianlah artikel Tun M jaguh pusingan U - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M jaguh pusingan U - Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/tun-m-jaguh-pusingan-u-najib.html