Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa

Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa
link : Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa

Baca juga


Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa

MALAYSIAKINI


Umno dijangka membincangkan penyertaan mereka dalam Himpunan Mega mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 27 Jan ini, sekiranya parti itu mendapat jemputan rasmi daripada PAS.

"Kalau ada jemputan atau sekiranya mereka (pucuk pimpinan parti) sudah menerima jemputan, saya pasti Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) akan membawa perkara ini dalam mesyuarat.

"Mesyuarat Umno masih awal daripada tarikh yang dicadangkan PAS untuk mengadakan himpunan itu di Dataran Merdeka pada 18 Feb depan, jadi kita lihat dulu bagaimana" katanya selepas melawat Pusat Pembelajaran Permai di Ampang.

Annuar berkata beliau berpendapat, himpunan itu perlu dilakukan dan mendapat kerjasama semua pihak sekiranya ia melibatkan usaha dalam memberi penjelasan berhubung RUU 355.

"Secara peribadi, saya berpendapat, apa sahaja usaha untuk memberi penjelasan dan penerangan harus dialu-alukan kerana pihak yang membawa RUU persendirian ini berhak memberi penjelasan.

"Kita tidak harus prejudis dan melayan perkara ini secara emosi kerana PAS bertanggungjawab, malah seharusnya memberi penjelasan kepada bukan sahaja umat Islam tetapi orang bukan Islam," kata Annuar.

Ditanya mengenai ketegasan MCA membantah rancangan PAS untuk menganjurkan himpunan tersebut, Annuar berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berhak menyuarakan pendapat.

Beliau berkata semua pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu duduk secara bersama bagi mendengar suara semua parti komponen berhubung pelaksanaan RUU 355.

Pada 24 Nov lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.- Bernama




Demikianlah Artikel Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa

Sekianlah artikel Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno akan bincang himpunan RUU 355, kata Annuar Musa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/umno-akan-bincang-himpunan-ruu-355-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :