Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan

Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan
link : Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan

Baca juga


Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak dakwaan PAS bahawa wujud kerjasama antara partinya dengan Amanah Kelantan.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah bahawa berkemungkinan terdapat pakatan antara Umno dan Amanah untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Ini semua cuma tanggapan yang tidak tepat. Kita sentiasa melihat (untuk) menjaga parti kita. Parti lain kita tidak campur (bersama).
 
"Yang penting, Umno Barisan Nasional akan terus menjaga kepentingan rakyat kerana kita parti yang sentiasa mementingkan rakyat," katanya kepada pemberita, sebentar tadi.
 
Terdahulu, Tengku Adnan hadir  di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina.
 
Semalam, Mohd Amar berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan Amanah akan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan Kelantan, seperti yang berlaku pada tahun 1978.
 
Mohd Amar merujuk kepada peristiwa di mana parti serpihan PAS, Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS pada PRU 1978. 
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, ada kemungkinan Umno akan menaja calon Amanah di kawasan yang dianggap boleh menang, khususnya di kawasan marginal.
 
 


Demikianlah Artikel Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan

Sekianlah artikel Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno nafi kerjasama dengan Amanah singkir PAS Kelantan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/01/umno-nafi-kerjasama-dengan-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :