6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita

6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita
link : 6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita

Baca juga


6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita

Wanita matang suka pada lelaki yang ada kualiti tertentu, tidak terhad kepada penampilan, pendidikan dan kerjaya sahaja. 


fun-couple
fmt-ohsem-inside-article1

Wahai kaum Adam sekalian, kalau usia sudah mencapai 30-an atau 40-an tetapi masih bujang, mungkin anda bukan “Mr Right” lagi di kaca mata seorang wanita matang.

Mungkin ada perkara yang perlu diperbetulkan, ditambah atau disisih untuk menjadi lelaki idaman.

FMT Ohsem menyenaraikan beberapa kualiti diharapkan wanita matang, iaitu mereka yang berusia lebih 30-an, mempunyai kerjaya cukup baik untuk menyokong diri, seorang yang berdikari dan mempunyai cita-cita sendiri serta sentiasa mahu membetulkan diri.

1. Berpegang kepada janji.
Ini kualiti penting bagi si lelaki yang mahu komited dalam perhubungan serius. Kalau anda tak mampu berpegang pada janji atau bertanggungjawab kepada kata-kata anda, sorrylah!

Biasanya sikap ini menjadikan seorang lelaki lebih dipercayai wanita selain dilihat sebagai seorang yang berani.

Kalau sudah berjanji dengan teman wanita untuk membawanya keluar, jangan mudah membatalkannya hanya kerana ada siaran bola sepak pasukan kegemaran di televisyen. Kalau ya pun penting sangat, beritahu secara rasional.

2. Jangan jadi kepoci.
Lelaki jadi kepoci (penyibuk)?
Anda tidak perlu tahu segala-galanya mengenai si dia dan tak perlu beritahu 100% aktiviti harian anda kepada si dia. Seorang wanita matang biasanya berfikir secara praktikal misalnya hal berkaitan memberi privasi sesama sendiri dan membuat keputusan. Anda jangan masuk campur sangat hal teman wanita, kecuali diminta. Berilah kejutan positif dari masa ke masa, beri hadiah pada waktu tidak diduga dan tadah telinga bila ada perkara yang ingin dikongsi.

3. Boleh murah hati tetapi jangan boros.
Perkara membabitkan amalan kewangan dalam kalangan lelaki sentiasa menjadi isu kepada wanita. Mereka tidak menghalang anda jika mahu menderma atau menggunakan wang demi hobi tetapi janganlah boros. Sikap boros boleh mematikan hubungan walaupun ia bermula dengan baik.

4. Tunjuk sifat kebapaan.
Anda masih bujang, jadi bagaimana nak tunjuk sifat kebapaan? Bila bawa teman wanita bersiar, tunjuk kasih sayang dan jaganya dengan baik. Banyak bersabar dengan karenah mereka. Jangan risau, biasanya wanita matang kurang buat hal, mereka tahu apa yang dikehendaki dan agak “straight forward”. Jangan kedekut atau terlalu berkira, kecuali anda hanya berjimat. Sikap sedemikian menunjukkan anda juga bersedia menjadi bapa yang baik dan prihatin.

5. Tunjuk keghairahan anda.
Wanita tertarik kepada lelaki yang mempunyai hobi atau gaya hidup berbeza daripada orang lain. Jika anda kaki panjat gunung, suka menyelam, mengambil foto, beryoga, mempunyai hobi menjelajah, ia kualiti yang boleh menjadi tarikan di kaca mata wanita matang. Tunjuk dan kongsi keghairahan itu, mana tahu jika selama ini anda bergerak solo, mungkin selepas ini anda mendapat partner!

6. Suka berlawak jenaka atau sekurang-kurangnya hargainya.
Ini kualiti paling diminati wanita, tunjuk sisi kelakar anda pada masa dan tempat sepatutnya. Kemampuan membuat lawak jenaka atau menghargai sesuatu jenaka wajib di kalangan pasangan. Ketawa bersama, kemampuan berjenaka di masa sukar sangat membantu meringankan rasa resah. Cubalah!




Demikianlah Artikel 6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita

Sekianlah artikel 6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6 sifat lelaki mampu ‘cairkan’ hati wanita dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/6-sifat-lelaki-mampu-cairkan-hati-wanita.html

Subscribe to receive free email updates: