Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM
link : Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

Baca juga


Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

 
Òleh Mohd Sayuti Omar


Ismail Sabri Yaakub menteri yang bertanggungjawab terhadap Mara kata dia tidak dimaklumkan mengenai penggantungan tugas Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara dan juga Pengerusi Pelaburan Mara.
 
Tambah beliau lagi dipetik, beliau tahu ada mesyuarat ahli majlis Mara hari ini tetapi tidak mengetahui apakah agendanya. Apakah kedudukan ahli majlis Mara tidak dibawah penyeliaan Ismail Sabri selaku menteri?

Dalam pada itu Ismail Sabri juga tidak tahu apakah ahli majlis ada kuasa menggantung atau memecat Annuar kerana setahunya pelantikan pengerusi atau pemecatannya dibawah bidang kuasanya selaku menteri dan diketahui oloh perdana menteri.

Beliau memberi jawaban bodoh mengatakan dia akan merujuk kepada Penasihat Undang-undang dan juga sedang menunggu laporan (pemakluman) oleh ahli Majlis Mara. Logiknya apabila ahli majlis mengada mesyuarat dan memutuskan apa yang diputus itu tentu mereka ada kuasa, atau klusa dalam Akta Mara mengenainya.

Penjelasan dan pengakuan Ismail Sabri itu sedikit anih bunyinya. Masakan seorang menteri tidak membaca Akta Mara sedalam-dalamnya. Dangkal lagi kalau diukurkan dengan latar belakang beliau sebagai seorang peguam di mana hal-hal bersangkutan akta dan undang-undang begitu sepatutnya jadi "nasi dan budu" sahaja kepadanya.

Justeru alasan itu sangat dangkal, menggambarkan akan kelemahannya sebagai menteri. Ia juga menunjukkan beliau bersikap lepas tangan, dengan apa yang berlaku dalam Mara termasuki mengenai tajaan kepada Red Warrior itu diluar pengetahuannya. Kalau begitu patutlah dengan mudah Annuar pergunakan kedudukannya untuk menggunakan wang Mara untuk bola sepak Kelantan?

Mungkin kalau tidak kerana pendedahan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim perkara itu lenyap dalam musim banjir begitu sahaja. Jutaan ringgit lagi wang Mara tidak diketahui hilang entah ke mana?

Apakah demikian sikap dan rupa menteri kabinet dibawah Najib Razak. Boleh melepas tangan dan tanggungjawab dengan mengatakan; tidak tahu sahaja. Apa yang berlaku kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini apabila berlaku penyelewengan oleh pegawai KKBS bernilai ratusan juta ringgit, Khairy juga menjawab mudah, dia tidak tahu. Tampaknya jawaban itu diterima pakai sama oleh Ismail Sabri.

Apa gunanya mereka diletak di situ, diharap menjaga kepentingan rakyat dan negara  kalau semua perkara yang berlaku dalam kementerian sendiri, sehingga wang rakyat ratusan juta hilang pun tidak diketahui? Atau sindrom tidak tahu ini berlaku sejak kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam akaun Najib yang mana kejadian itu sebagai menghalalkan alasan mereka, yang berdalih tidak tahu itu.

Tindakan menggantungkan tugas pengerusi Mara dan pengerusi pelaburan Mara dipegang Annuar oleh ahli Majlis Mara itu satu tindakan berani dan patut dipuji. Syabas ahli Majlis Mara. Tindakan itu patut dialu-alukan. Cuma jangan pula selepas ini ahli majlis yang menggantung jawatan Anuar itu diambil tindakan sebaliknya Anwar pulang dari New Zeland nanti dengan senyum dan tawa.

Dan sehubungan dengan tindakan ahli majlis itu, satu laporan kepada SPRM patut dilakukan segera. Ismail Sabri pula perlu bersikap terbuka dan telus membuka pintu Mara seluas-luasnya untuk disiat. Apabila ahli Majlis sudah memutuskan menggantungkan tugas dan kuasa Annuar bermakna ia sudah ada prima facie. Semolek-moleknya semua ahli majlis ke SPRM dan bawa segala maklumat bersangkutan. Buat laporan.

Apa yang pernah dilakukan Annuar sebelum ini dia hadir ke pejabat SPRM untuk serah dokumen pembelian hartanah Mara di Australia perlu diteladani. Cara Annuar itu untuk menggambarkan dia bersih dan bertanggungjawab, maka aksi sama patut dilakukan oleh ahli Majlis Mara ke atas Annuar.

Kita tidak mahu dalam kes di Mara ini ia sama dengan kes-kes sebelum ini termasuk pernah melibatkan Annuar semasa beliau menjadi menteri dahulu dimana orang lain makan nangka orang lain kena getah.`http://ift.tt/1ELI8AG



Demikianlah Artikel Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM

Sekianlah artikel Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Majlis Mara perlu lapor kes Annuar ke SPRM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/ahli-majlis-mara-perlu-lapor-kes-annuar.html

Subscribe to receive free email updates: