Judul : Ahli Majlis PBT S’gor Dakwa ‘Tak Cukup Kuasa’ Tangani Masalah Rumah Urut
link : Ahli Majlis PBT S’gor Dakwa ‘Tak Cukup Kuasa’ Tangani Masalah Rumah Urut
Ahli Majlis PBT S’gor Dakwa ‘Tak Cukup Kuasa’ Tangani Masalah Rumah Urut
SHAH ALAM: Meskipun sedar bilangan rumah urut di Selangor semakin bertambah, kewujudannya sukar dibendung kerana bidang kuasa yang terhad.
Berkata kepada Antarapos, Ahli Majlis Subang Jaya, Izham Hashim menjelaskan peruntukan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih terhad lingkungan yang telah ditetapkan kerajaan persekutuan.
Menurut beliau, tindakan tegas yang mampu dilakukan PBT adalah menyita dan mengenakan kompaun terhadap sesuatu premis yang tidak sah, namun pemiliknya boleh mendapatkan semula barangan premis selepas melunaskan bayaran denda.
“Kekangan besar kepada PBT ialah kita tak boleh ambil tindakan melebihi daripada merampas barangan mereka, di mana mereka boleh dapatkan semula. Kalau kita rampas katil mereka, mereka boleh tuntut kembali.
“Begitu juga judi siber. Apabila kita rampas komputer mereka, apabila mereka bayar kompaun mereka boleh ambil semula barangan. Kita hendak undang-undang lebih keras kepada pemilik bangunan tapi sampai ke hari ini tak dapat. Dalam kita nak potong bekalan elektrik kita kena dapatkan kelulusan pihak polis dahulu.
“Hal ini serius, kita pun tidak mahu perkara maksiat yang semakin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja di Selangor, di negeri-negeri BN memerintah pun sama. Sebab kekangan PBT untuk melaksanakan undang-undang ini. Maka kerajaan persekutuan kena fikir ambil tindakan serius dan lebih keras terhadap tempat sebegini,” jelasnya.
Baru-baru ini Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos sekali lagi mengadakan protes di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dengan membawa 10 buah katil ‘Rumah Urut Selangorku’ yang membawa simbolik kepada isu rumah urut di negeri itu.
Beliau mendakwa terdapat lebih 4,000 rumah urut beroperasi di Selangor yang turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan.
Bukan itu sahaja Jamal mendakwa kerajaan negeri seolah-olah mudah memberikan lesen kepada perniagaan sedemikian, sekaligus menimbulkan kebimbangan kepada pelbagai pihak.
Izham, menafikan tuduhan sedemikian dengan berkata kerajaan hanya meluluskan lesen pusat refleksologi dengan syarat yang ketat, dengan turut mengadakan pemantauan yang kerap terhadap premis-premis sebegini.
“Memang tidak ada kelulusan rumah urut. Yang kita benarkan hanya refleksologi. Jadi yang ada sekarang pertama kita nak tanya Jamal, beliau ada data ke? Keduanya, mereka ini haram. Rumah urut pun ada tidak sah, kita tak pernah beri lesen, malah kita sentiasa buat serbuan di tempat sebegini.
“Setiap tahun apabila kita hendak perbaharui lesen pengusaha spa atau apa sahaja khidmat urut, kita akan buat pemantauan. Ahli majlis sendiri turun. Kalau kita nampak ada katil, bilik, kita akan suruh buka.
Masalahnya apabila lesen lulus, sebulan kemudian kita datang, mereka kembali letak katil dan bilik. Bila kita kompaun, mereka bayar atau mungkin buka kembali. Sebulan kemudian kita datang pun ada lagi,” katanya lagi.
Kekhuatiran PBT, menurut Izham bukan sahaja terhadap premis yang mempunyai lesen namun licik di sebalik operasi, malah premis yang tiada lesen dan didirikan secara haram juga ‘memeningkan kepala’.
“Tiap hari kita buat serbuan. Jamal tak tahu hal itu, sekadar pusing-pusing. Kita buat hari-hari di tempat judi, pusat urut. Semua PBT buat hari-hari,” kata Izham.
Bilangan pusat hiburan dan rumah urut di Selangor dilaporkan meningkat sejak tahun 2008, iaitu apabila kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini. Walaupun lesen baru tidak dikeluarkan, difahamkan kebanyakannya pusat berkenaan beroperasi tanpa lesen.
Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebagai reaksi balasnya terhadap tindakan Jamal sebaliknya sekadar menyindir, dengan menyuruh aktivis itu menghantar kesemua katil kepada mangsa-mangsa yang terlibat bencana banjir – AP
Demikianlah Artikel Ahli Majlis PBT S’gor Dakwa ‘Tak Cukup Kuasa’ Tangani Masalah Rumah Urut
Sekianlah artikel Ahli Majlis PBT S’gor Dakwa ‘Tak Cukup Kuasa’ Tangani Masalah Rumah Urut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli Majlis PBT S’gor Dakwa ‘Tak Cukup Kuasa’ Tangani Masalah Rumah Urut dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/ahli-majlis-pbt-sgor-dakwa-tak-cukup.html