Judul : Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan
link : Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan
Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SUBANG JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mendedahkan nama menteri kanan yang didakwa akan meletakkan jawatan berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya tak menamakan sesiapa. Saya tak akan menamakan pimpinan tersebut kerana sebagai menghormati perbincangan sulit antara saya dengan individu berkenaan.
"Dan saya faham jika nama ini didedahkan Malaysia menjalankan sistem yang akan ugut, tekan orang berkenaan. Jadi saya tak akan menamakan (menteri berkenaan)," katanya kepada media selepas hadir ke Majlis Pelancaran Buku Pembina Fikrah Perjuangan oleh Dr Syed Husin Ali di Hotel Empire Subang, petang tadi.
Azmin juga diasak perincian perbincangan sulit tersebut oleh wartawan namun tetap enggan mendedahkan lebih lanjut.
"Beliau jaga salah satu portfolio yang diputuskan oleh PM.
"Bertemulah, bila mata bertemu jatuh ke hati," katanya secara sinis kepada pemberita.
Azmin juga tidak memberi sebarang jawapan apabila menteri yang dimaksudkan itu adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.
"Saya tidak buat kenyataan tetapi hanya buat soalan," ujarnya ringkas.
Semalam, Azmin memuat naik status berbentuk pertanyaan menerusi akaun Twitternya mengenai seorang menteri kanan telah meletak jawatan.
Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor tersebut selain meminta Azmin mengemukakan nama menteri yang dimaksudkan.
Dalam pada itu Azmin memaklumkan keadaan ibunya semakin tenat selepas diserang strok buat kali kedua pada hari ini.
"Hari ini sekitar jam 12 tengah hari beliau diserang strok kali kedua dan keadaan lebih serius. Doktor bertemu dengan keluarga petang ini dan menyatakan keadaan ibu kritikal. Kita mendoakan keadaannya dan moga Allah SWT permudahkan," ujar Azmin.
Demikianlah Artikel Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan
Sekianlah artikel Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin masih enggan dedah nama menteri letak jawatan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/azmin-masih-enggan-dedah-nama-menteri.html