BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?

BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?
link : BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?

Baca juga


BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?

shahbudindotcom


Selepas dilantik sebagai Pengerusi Felda, Shahrir Samad, meskipun mengatakan hasratnya memulihkan agensi persekutuan itu yang dilanda pelbagai masalah, kecenderungannya lebih terlihat seperti ingin menyelongkar dan mendedahkan satu demi satu kesalahan Isa Samad.

Sebelum ini, Isa adalah Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda Global Ventures Bhd atau FGV, cabang perniagaan agensi tersebut.

Bagaimanapun, Najib Razak yang menjaga Felda kini bertindak memisahkannya dengan melantik Shahrir sebagai Pengerusi Felda, manakala Isa hanya dikekalkan di FGV sahaja.

Sebaik dilantik, langkah pertama yang diambil Shahrir ialah mahu menjual semua aset dan hartanah Felda di luar negara, termasuk dua hotel di London yang dibeli oleh Isa beberapa tahun dahulu.

Alasan penjualan itu ialah untuk mengukuhkan aliran tunai Felda yang dikatakan semakin terjejas dan kekeringan wang kebelakangan ini.
 
 
 
 
Secara langsung dan tidak langsung, langkah penjualan aset dan hartanah itu seolah-olah menunjukkan pembeliannya yang dilakukan Isa sebelum ini adalah keputusan yang salah dan tidak mendatangkan faedah maksimum kepada Felda dan para peneroka.

Terbaru ini, Shahrir mempertikaikan pula ke mana perginya wang RM4.3 bilion yang merupakan lebihan daripada perolehan penyenaraian FGV di Bursa Saham.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang merupakan harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, kita belanjakan RM1.7 bilion  sebagai durian runtuh kepada peneroka di mana setiap keluarga memperolehi RM15 ribu dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi, RM4.3 bilion itu mana pergi?" kata Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

Sekali lagi, cara Shahrir mempersoalkan ke mana perginya wang RM4.3 bilion itu memperlihatkan seperti beliau mempertikaikan cara Isa berbelanja ketika bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengetuai Felda sebelum ini.

Apa lagi agaknya yang akan diselongkar oleh Shahrir selepas ini?

Isu berkaitan perbelanjaan dan ke mana perginya wang Felda sudah banyak diperkatakan sebelum ini. Rafizi Ramli dan Mazlan Aliman adalah antara mereka yang aktif mendedahkan pelbagai pembaziran dan salah laku dalam agensi tersebut sejak bertahun-tahun lamanya.

Tetapi, semua pendedahan mereka seolah-olah tidak mendatangkan apa-apa kesan kerana Isa yang mengetuai Felda dan FGV bagaikan ada kebebasan serta mendapat restu dan "dilindungi"  oleh Najib untuk berbelanja apa saja mengikut perkiraannya.

Itulah yang akhirnya menyaksikan banyak pembelian hartanah, hotel dan  pengambil-alihan syarikat, baik di dalam mahu pun di luar negara, begitu aktif dijalankan semasa Isa mengetuai Felda dan FGV.
 
 
 
 
Kenapa kini Shahrir bertindak seperti sedang mencari satu demi satu salah Isa?

Oleh kerana Felda terletak di bawah tangggungjawab dan pengawasan Perdana Menteri, bolehkah dipercayai tindakan Shahrir itu semata-mata atas keputusannya sendiri atau setelah mendapat restu dan lampu hijau daripada Najib sendiri?

Tidakkah ketika Isa membuat semua pembelian dan berbelanja banyak dahulu, beliau juga perlu mendapat restu dan persetujuan daripada Najib?

Apakah Najib kini mula menjauhi Isa dan sedang menggunakan Shahrir untuk mencari segala salah dan silap Pengerusi FGV itu?

Apa pula kesudahannya nanti setelah sekian banyak kesalahan Isa didedahkan?

Apakah kedudukan Isa sedang dalam bahaya dan langkah demi langkah yang dilakukan Shahrir sekarang adalah percaturan Najib untuk meminggir dan menyingkirkan terus Isa daripada FGV?

Ataukah tindakan mencari salah Isa itu merupakan "permainan halus" Shahrir bersama Najib untuk menerus dan menghalalkan  pembelian 37 peratus saham Eagle High Plantation di Indonesia yang sedang menjadi pertikaian dan kebimbangan bukan saja para peneroka, tetapi juga rakyat seluruhnya? 
 
 
 


Demikianlah Artikel BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR?

Sekianlah artikel BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAHAYA BAKAL MENANTI, NAJIB CUBA SELONGKAR SALAH ISA SAMAD MELALUI SHAHRIR? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/bahaya-bakal-menanti-najib-cuba.html

Subscribe to receive free email updates: