Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ

Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ
link : Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ

Baca juga


Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyokong penuh keputusan kerajaan mengemukakan permohonan semakan semula terhadap penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), berhubung status Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata, Batu Puteh adalah perkara penting dan sensitif khususnya bagi Johor.
 
"Kerajaan negeri mengalu-alukan perkembangan terkini ini khususnya berhubung usaha Malaysia mengemukakan permohonan semakan semula terhadap penghakiman ICJ.
 
"Kita percaya jika berasaskan kepada kenyataan Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) bahawa masih mempunyai penemuan baharu dalam soal ini, maka saya berharap usaha ini akan diteruskan.
 
"Mudah-mudahan kita akan mendapat keputusan positif dalam perkara ini. Saya percaya ini membabitkan soal keputusan yang akan dibuat oleh ICJ oleh demikian kita tunggu perkembangan daripada mereka," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
 
Mohamed Khaled berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran dan kunci inkubator Perbadanan Islam Johor (PIJ) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang di sini, Jumaat malam.
 
Dalam satu kenyataan terdahulu, Mohamed Apandi berkata, Malaysia memfailkan permohonan itu di ICJ, The Hague, Belanda, selepas meneliti beberapa fakta, antaranya ketika keputusan dibuat, ia tidak diketahui oleh mahkamah serta Malaysia, sebagai negara yang menuntut semakan.
 
ICJ memutuskan kedaulatan Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor adalah milik Singapura dengan keputusan majoriti 12:4, manakala Batuan Tengah pula diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1.
 
Bagi Tubir Selatan, hak kedaulatannya akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya. Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri berharap keputusan terbaharu itu memberi harapan Batu Puteh kembali menjadi hak Malaysia.
 
 


Demikianlah Artikel Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ

Sekianlah artikel Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Batu Puteh: Johor sokong kerajaan mohon semakan semula keputusan ICJ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/batu-puteh-johor-sokong-kerajaan-mohon.html

Subscribe to receive free email updates: