Judul : Biar rakyat tentukan jika saya angkuh dan sombong, kata Muhyiddin
link : Biar rakyat tentukan jika saya angkuh dan sombong, kata Muhyiddin
Biar rakyat tentukan jika saya angkuh dan sombong, kata Muhyiddin
Bekas menteri besar Johor itu menafikan dakwaan Sultan Johor yang negeri itu kekurangan dana, sebaliknya ekonomi negeri itu berkembang di bawah pimpinannya.
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin membiarkan rakyat menentukan jika beliau “angkuh dan sombong” ketika menjadi menteri besar Johor hampir 10 tahun.
Beliau dilantik menerajui Johor mulai 13 Ogos 1986 hingga 6 Mei 1995.
Ahli Parlimen Pagoh itu yang kini bersama pembangkang sebagai presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata demikian dalam surat terbuka kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau terpaksa menjawab secara terbuka titah Sultan Johor yang pada pendapatnya sedikit sebanyak mencemar nama baiknya kerana ramai pihak mentafsir beliau sebagai orang dimaksudkan baginda.
Khamis lalu, Sultan Ibrahim berkata, kemajuan dan pembangunan yang dinikmati Johor berbanding sebelum ini adalah hasil hubungan baik baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Kejayaan yang dicapai ini kerana adanya hubungan baik saya dengan menteri besar sekarang, bukan seperti 2 menteri besar dahulu yang angkuh, sombong dan hanya mengikut telunjuk kerajaan persekutuan,” kata Sultan Ibrahim dalam ucapannya 3 hari lalu.
Muhyiddin menerusi “surat terbuka” hari ini bagaimanapun mempertahankan tindakan sendiri selepas dipecat dari Umno dan kerajaan.
“Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik tidak lagi berada di dalam kerajaan setelah dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno kerana menentang kemungkaran yang dilakukan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak).
“Apa yang patik lakukan selama ini adalah semata-mata untuk mempertahankan rakyat dan negara daripada kerosakan yang sedang dilakukan oleh Najib.
“Jika patik dikatakan angkuh dan sombong hanya semata-mata kerana patik berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran demi membela kepentingan rakyat dan negara, maka biarlah rakyat yang membuat penilaian,” tulis Muhyiddin.
Beliau turut mempertahankan rekodnya sebagai menteri besar Johor dan sepanjang tempoh memimpin Umno Johor.
Muhyiddin berkata, di bawah kepimpinannya, kerajaan negeri berjaya menguruskan kewangan dengan baik.
“Perbelanjaan diurus secara berhemah dan kerajaan negeri tidak berhutang atau meminjam untuk membayar gaji.
“Kerajaan negeri Johor sebenarnya mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan,” tulisnya sebagai menafikan dakwaan Sultan Johor yang negeri itu tidak mempunyai wang untuk membayar gaji penjawat awam.
“Ekonomi negeri Johor tumbuh pesat pada kadar purata 6.7% dari 1991-1995. Dalam tempoh sama, pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat daripada RM1,152 kepada RM2,138 dan kadar kemiskinan juga berjaya dikurangkan daripada 9.8% kepada 3.1%.
“Ini menunjukkan rakyat negeri Johor menikmati kemajuan ekonomi yang pesat sewaktu patik menjadi menteri besar.”
Muhyiddin turut menyatakan hubungan baik beliau dengan kerajaan persekutuan yang diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai punca Johor mendapat banyak manfaat, termasuk menerima geran persekutuan.
Katanya, beliau tidak pernah goyah dalam usahanya untuk memajukan negeri itu walaupun ketika menjadi timbalan perdana menteri, Muhyiddin teringat perbualan selepas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai pemerintah negeri yang baru.
“Patik masih ingat, ketika patik menjawat jawatan timbalan perdana menteri dan Tuanku baru sahaja ditabalkan menjadi sultan, Tuanku menitahkan patik supaya menasihati Tuanku tentang bagaimana untuk memajukan lagi negeri Johor.”
Muhyiddin turut mendakwa ketika beliau dipecat daripada jawatan Kabinet pada Julai 2015, Sultan Ibrahim menyuarakan simpati terhadap apa yang berlaku.
“Nyata, Tuanku murka dengan perlakuan Najib yang menyingkir patik.”
Demikianlah Artikel Biar rakyat tentukan jika saya angkuh dan sombong, kata Muhyiddin
Sekianlah artikel Biar rakyat tentukan jika saya angkuh dan sombong, kata Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Biar rakyat tentukan jika saya angkuh dan sombong, kata Muhyiddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/biar-rakyat-tentukan-jika-saya-angkuh.html