Judul : Caj 20 sen: Khalid Ibrahim 'sudah lupa', kata Elizabeth Wong
link : Caj 20 sen: Khalid Ibrahim 'sudah lupa', kata Elizabeth Wong
Caj 20 sen: Khalid Ibrahim 'sudah lupa', kata Elizabeth Wong
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Exco Selangor Elizabeth Wong menyifatkan bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang 'pelupa' apabila mempersoalkan caj 20 sen yang dikenakan bagi setiap beg plastik di negeri itu.
Walhal menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau itu, ketika Khalid memimpin Selangor, beliau bersetuju dengan cadangan kempen tersebut yang sebelum ini dilaksanakan pada setiap hari Sabtu.
"Khalid ketika 2010 yang juga MB ketika itu juga bersetuju. Beliau berada di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika saya laporkan audit apabila diminta oleh ADUN.
"Saya rasa Khalid mungkin sudah lupa," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia Alam, petang tadi.
Dua hari lalu Khalid mempersoalkan kemana akhirnya caj 20 sen itu dibelanjakan dan wujudkah sistem audit bagi memantau wang berkenaan.
Beliau juga menyatakan pendiriannya kempen berkenaan tidak akan berjaya, melainkan dilaksanakan menerusi perubahan budaya dan bukannya menambahkan beban pengguna.
Khalid juga menggesa kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu segera menghentikan program tersebut jika tiada pelan alternatif yang akhirnya akan memangsakan rakyat.
Sementara itu, Elizabeth meminta meminta tempoh sehingga enam bulan untuk kerajaan negeri membuktikan keberkesanan "Kempen Selangor Bebas Plastik".
"Dalam tempoh enam bulan akan datang, kita akan buat perbandingan dengan tempoh enam bulan yang lalu, sama ada bilangan (penggunaan) menurun, meningkat atau sama, kita akan lihat nanti," jelas Elizabeth.
Diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa pelaksanaan caj berkenaan disokong oleh rakyat Selangor, berdasarkan hasil tinjauan melibatkan 80 orang responden , Elizabeth bagaimanapun mengakui tidak tahu hal itu.
"Itu kajian bukan dari pejabat saya. Saya tidak tahu. Tapi saya akan lihat.
"Ini kajian atau apa? Sebab pejabat saya tidak ada lakukan kajian lagi. Melainkan 'media tracking' dan respon sahaja," katanya sambil menambah akan meneliti hasil sokongan yang kononnya diperolehi daripada tinjauan itu.
Peniaga kecil-kecilan tak ikut kempen
Dalam masa yang sama juga Elizabeth diajukan tindakan yang akan dilakukan terhadap peniaga kedai-kedai runcit dan kecil-kecilan yang masih meneruskan penggunaan beg plastik tanpa sebarang caj.
"Jika begitu sesiapa yang ada aduan boleh maklum kepada PBT sebab ia di bawah syarat-syarat perlesenan. Siapa yang nampak dan rasa tak patut boleh buat aduan kepada PBT, bukan pejabat saya," ujarnya lagi.
Kempen Selangor Bebas Plastik yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu dan menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.
Caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan kepada pengguna didakwa akan digunakan bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) memelihara alam sekitar di Selangor.
Demikianlah Artikel Caj 20 sen: Khalid Ibrahim 'sudah lupa', kata Elizabeth Wong
Sekianlah artikel Caj 20 sen: Khalid Ibrahim 'sudah lupa', kata Elizabeth Wong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Caj 20 sen: Khalid Ibrahim 'sudah lupa', kata Elizabeth Wong dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/caj-20-sen-khalid-ibrahim-sudah-lupa.html