Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan

Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan
link : Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan

Baca juga


Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan

 MALAYSIA DATELINE


Tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menggunakan wang deposit RM654 juta untuk digunakan pula untuk membayar saham-saham PT Eagle High Plantations dalam keadaan Felda menghadapi masalah kewangan untuk membayarnya.
 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengesyorkan sekiranya syarat Perjanjian Awal dipatuhi dan wang deposit RM654 juta ini telah dikembalikan kepada FGV, FGV sepatutnya menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku terhadap wang tersebut.

"Walaupun berita pembelian PT Eagle High Plantations oleh Felda telah menjadi pengetahuan umum, ada beberapa perkara yang mungkin rakyat terlepas pandang dan perlu diberi perhatian segera.

"Rancangan asal pembelian saham-saham milik sahabat baik DatukSeri Najib ini sebenarnya bukanlah melibatkan Felda tetapi syarikat senaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV). Felda digunakan setelah pembelian oleh FGV gagal atas sebab-sebab yang masih belum diketahui sehingga kini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada 12 Jun 2015, FGV telah mengumumkan kepada Bursa bahawa ia (melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu FGV Kalimantan Sdn Bhd) telah menandatangani satu Perjanjian Awal (atau “Heads of Agreement”) dengan PT Rajawali Capital International dan PT Rajawali Copora (iaitu syarikat-syarikat milik Tan Sri Peter Sondakh) bagi pembelian 37% saham milik PT Rajawali di dalam PT Eagle High Plantations.

Selain dari harga yang dilihat terlalu tinggi, cadangan pembelian saham PT Eagle High Plantations ini juga mendapat kritikan hebat kerana syarat pembayaran deposit yang terlalu tinggi.

"Perjanjian Awal mensyaratkan FGV membayar deposit sebanyak RM654 juta kepada PT Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh sebagai cengkeram sementara rundingan-rundingan lain untuk memuktamadkan perjanjian ini berjalan.

"Syarat pembayaran deposit yang terlalu tinggi pada nilai RM654 juta ini telah mengundang maklumbalas dari Bursa Malaysia yang mengeluarkan notis rasmi bertarikh 15 Jun 2015 kepada FGV untuk menerangkan sebab deposit sedemikian tinggi diperlukan.

"Maka, pada 17 Jun 2015, FGV telah memberikan jawapan-jawapan kepada pertanyaan Bursa Malaysia itu termasuk mengenai pembayaran deposit yang tinggi itu.

"FGV menyatakan bahawa sekiranya perjanjian jual beli saham di antara FGV dan PT Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh ini tidak dapat dimuktamadkan atas apa-apa sebab sekali pun, kesemua deposit berjumlah RM654 juta bersama-sama keuntungan faedah wang itu disimpan di dalam bank sementara ia dipegang oleh PT Rajawali, mestilah dikembalikan kepada FGV.

"Pengesahan bahawa rancangan jual beli saham itu ditamatkan dibuat oleh FGV dalam satu notis kepada Bursa Malaysia bertarikh 23 Disember 2016, iaitu hari yang sama Felda mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian membeli saham-saham PT Eagle High Plantations dari PT Rajawali.

"Oleh kerana perkara ini berlaku dihujung tahun 2016 dan laporan keputusan kewangan FGV bagi suku keempat 2016 belum dikeluarkan, sehingga kini tidak ada maklumat mengenai deposit berjumlah RM654 juta ini. Semakan notis-notis yang difailkan di Bursa Malaysia juga tidak menunjukkan sebarang notis berkenaan perkara ini.

"Oleh itu, saya mengambil langkah awal untuk memastikan deposit itu dipulangkan kepada FGV mengikut syarat Perjanjian Awal dengan bertanyakan soalan-soalan ini:

"Adakah FGV membayar deposit berjumlah RM654 juta itu kepada PT Rajawali dalam bulan Jun 2015 seperti kehendak Perjanjian Awal?

"Jika ya, sudahkan PT Rajawali telah memulangkan kembali deposit RM654 juta itu bersama dengan keuntungan faedah simpanan dan bilakah deposit dan keuntungan itu dipulangkan kepada FGV?
"Jika belum dipulangkan, bilakah akan dipulangkan?

"Jika belum ada tarikh tetap jumlah itu dipulangkan, adakah deposit RM654 juta itu akan digunapakai sebagai sebahagian dari urusniaga pembelian saham-saham PT Eagle High Plantations yang kini telah dibeli oleh Felda?," soal Naib Presiden PKR ini.



Demikianlah Artikel Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan

Sekianlah artikel Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Deposit RM654juta dibayar FGV mesti dikembalikan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/deposit-rm654juta-dibayar-fgv-mesti.html

Subscribe to receive free email updates: