Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST

Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST
link : Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST

Baca juga


Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST

ALANG IBN SHUKRIMUN 




Dalam satu ceramah Presiden PAS di Kodiang minggu lepas, sekali lagi beliau membangkitkan isu GST. Beliau menyuarakan kesediaan PAS untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah kewangan tanpa membebankan rakyat. Sudah tentu penyelesaian ini dengan cara Islam.

Ini membuktikan peranan sebenar PAS dalam sistem politik negara. Walaupun orang menuduh PAS mesra Umno, hakikatnya 'kemesraan' yang didakwa itu langsung tidak membuatkan PAS membisu dan redha dengan setiap tindakan pihak lain. Yang pasti matlamat PAS berpolitik tidak tertumpu kepada aspek kuasa semata-mata, tetapi ia hanya wasilah untuk membantu negara dan rakyat makmur bahagia.

PAS sejak dahulu adalah parti yang berpegang teguh kepada prinsip. Semasa bersama DAP, beberapa kali PAS berbeza pendapat dengan mereka. Isu TPPA, isu Pilihan raya Kerajaan Tempatan, Kajang Move, 16 September dan Bersih. Malah PAS tidak sekali-kali tunduk apabila meminta PAS tidak memperjuangkan agenda syariat Islam sehingga menerima balah dan berpecah.

Dalam isu GST kali ini, PAS bukan sekadar membantah bahkan turut menawarkan penyelesaian. Bukan sekadar retorik, bahkan PAS telah menyiapkan sebuah pelan pengurusan kewangan yang digelar Dokumen Hijau. Dokumen ini menawarkan solusi bagaimana kerajaan boleh menghasilkan pendapatan tanpa melibatkan cukai ke atas rakyat miskin dan sederhana sebaliknya dikenakan ke atas golongan terkaya  melalui cukai saham-saham dan cukai simpanan korporat.

Idea ini tidak terhenti setakat itu sahaja. PAS bersedia pada bila bila masa untuk mengadakan perbincangan dan perundingan antara pakar pakar ekonomi PAS dan pihak Kerajaan Pusat bagi membincang penyelesaian jangkamasa panjang yang tidak membebankan rakyat. Dengan keahlian melebihi sejuta orang, PAS dibarisi profesional berbagai kepakaran, termasuk kalangan bukan Islam. Ini sekaligus menafikan dakwaan parti pak lebai seperti yang digembar-gemburkan. Cukup lengkap untuk mentadbir negara pada bila-bila masa.

Adakah ini petanda mahu bergabung dengan Umno? Cukup simplistik, dangkal dan tidak matang kenyataan sebegini. Pemikiran mereka masih terkambus di bawah tempurung politik kepartian ketinggalan zaman. Mereka masih tidak boleh menerima sebuah parti pembangkang bekerjasama dengan parti pemerintah dalam isu-isu rakyat. Bagi mereka, kalau pembangkang mesti bangkang kerajaan habis-habisan. Membantu rakyat melalui kerjasama dengan kerajaan ibarat membantu kerajaan untuk terus berkuasa, justeru ia adalah terlarang.

Daripada kenyatan Presiden PAS di Kodiang itu, beliau sekali lagi bertegas bahawa kerjasama ini bukan bermakna PAS bergabung dengan Umno. Parti tersebut sudah banyak kerosakan. Bekas presidennya sendiri tidak sanggup bersama lagi. PAS tidak akan menanggung kerosakan Umno. Bergabung dengan mereka hanya menyusahkan PAS. Lebih baik biarkan mereka sendiri urus masalahnya. Kerjasama PAS hanya dalam urusan mempertahankan Islam dan nasib rakyat.

Selain itu, TGHH cukup optimis mampu menyelesai masalah negara. Semestinya sikap ini lahir dari keyakinan beliau bahawa hanya Islam satu-satu penyelesaian. Beliau memberi contoh bagaimana PAS mampu mentadbir Terengganu walaupun menghapuskan cukai pintu dan tol. Kerajaan Kelantan boleh bertahan selama 20 tahun dan lebih maju dari beberapa negeri di bawah BN walaupun disekat dengan berbagai segi sejak zaman Mahathir. DAP yang memerintah negeri kedua terkaya pun belum mampu menghapuskan tol walau sudah 2 penggal berkuasa.

Konsep ekonomi Islam cukup mudah; (تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم) diambil dari orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin. Kerajaan sebagai moderator mengurus kewangan rakyat (كي لا تكون دولة بين الأغنياء منكم) agar harta tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya semata-mata. Barulah akan mencapai (بلدة طيبة ورب غفور) negara yang baik dan tuhan Yang Mengampun. - HARAKAHDAILY



Demikianlah Artikel Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST

Sekianlah artikel Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/dituduh-berbaik-dengan-umno-pas-terus.html

Subscribe to receive free email updates: