Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir

Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir
link : Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir

Baca juga


Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penglibatan 'agresif' Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang adalah faktor terbesar yang mendorong empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti.
 
Timbalan Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Ishak mendakwa, langkah keluar parti itu adalah tindakan 'kemuncak' selepas beberapa siri ketidakpuasan sebilangan ahli terhadap parti teraju dinasti Lim itu.  
 
"Peletakan satu MP (Ahli Parlimen) dan tiga ADUN di Melaka ini adalah tamparan paling hebat dalam sejarah 50 penubuhan DAP di Malaysia.
 
"Ini berlaku disebabkan oleh kerana hilangnya tahap kepercayaan maksima terhadap kepimpinan tertinggi DAP khususnya bahawa dinasti Lim sudah menjadi liabiliti kepada DAP.
 
"Salah satu faktor terbesar adalah berkaitan dengan penglibatan Dr Mahathir. Sebenarnya sejarah kemusnahan DAP bermula 3 Disember 2016 apabila Tun Dr Mahathir hadir dalam keadaan luar jangkaan tanpa jemputan rasmi ke Konvensyen Nasional DAP. 
 
"Berlakunya kemerosotan tahap kepercayaan, bukan saja ahli dan pemimpin, tetapi kaum Cina yang sebelum ini begitu tegar menyokong DAP yang dianggap bumbung tempat berteduh," katanya kepada Antarapos.
 
Semalam, empat wakil rakyat DAP Melaka mengumumkan keluar parti selepas mempertimbangkan keputusan itu secara wajar.
 
Tindakan keempat-empat mereka itu ekoran mendakwa DAP telah menyimpang daripada matlamat asalnya.
 
Mereka ialah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
 
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP, Liew Chin Tong semalam menyifatkan tindakan keluar parti oleh empat wakil rakyat dari Melaka itu yang kononnya kecewa dengan polisi parti yang kini berhubungan baik dengan Dr Mahathir, sebagai alasan semata-mata. 
 
"Alasan mereka keluar parti adalah kerana tidak bersetuju DAP berkerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Tun Dr Mahathir (Mohamad) namun itu hanya alasan mereka sahaja.
 
"Parti lebih besar daripada individu... kami akan bekerja dengan lebih kuat bagi memastikan DAP akan menang kerusi yang mereka (empat wakil rakyat itu) pegang sekarang (pada pilihan raya umum ke-14 nanti)," petik kata Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang dalam satu sidang media semalam. 
 
Mengulas bersabit perkara itu, Rahmad yang juga bekas ahli DAP berkata, parti itu akan hanyut dalam ketidaktentuan jika terus bekerjasama dengan musuh dalam selimut.
 
"Bagi pandangan masyarakat Cina yang kita boleh gambarkan di Pulau Pinang ini, selagi DAP bekerjasama dengan musuh dalam selimut, maka selagi itulah DAP tidak akan ke mana.
 
"Mereka akan tenggelam dengan sandiwara politik mereka bersama menjalin hubungan semata-mata untuk mendapat nilai komersial jawatan politik," katanya merujuk kepada perjanjian sulit antara Lim Kit Siang dengan Dr mahathir sebagaimana yang didedahkan bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini.
 
Dalam pada itu, Rahmad berkata, perkembangan yang berlaku ini memberi 'kebaikan' khususnya dalam konteks pengundi Cina.
 
"Saya nak mengatakan, apa yang berlaku pada DAP hari ini sebenarnya atas geopolitik kaum Cina itu sihat. Sihat dalam erti kata mereka boleh menilai sejelas-jelasnya adakah kepercayaan dan mandat yang sama perlu diberikan kepada DAP menjelang PRU14," katanya lagi. 
 
 


Demikianlah Artikel Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir

Sekianlah artikel Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat wakil rakyat DAP keluar parti sebab Tun Mahathir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/empat-wakil-rakyat-dap-keluar-parti.html

Subscribe to receive free email updates: