Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan?

Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan?
link : Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan?

Baca juga


Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan?

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad, mengesahkan berlaku campur tangan dalam proses pemfatwaan di negeri itu sehingga menyebabkan ada fatwa tidak dapat disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga kini.
 
Md Salleh Ahmad berkata, beliau kecewa terhadap Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Malik Abdul Kassim, yang jelas menggunakan kedudukannya untuk campur tangan dalam proses pemfatwaan.
 
Merujuk isu penggunaan kalimah Allah di Pulau Pinang pada 2010, beliau berkata, terdapat arahan daripada Malik supaya Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membincangkan semula keputusan pemfatwaan supaya selari dengan pendirian kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah.
 
"Bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang pada ketika itu tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang sudah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.
 
"Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Malik untuk dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong dan perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang.
 
"Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa beliau di dalam hal pemfatwaan lebih besar daripada kami," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
 
Untuk rekod, pendirian Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang adalah selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang menetapkan penggunaan kalimah Allah adalah hanya tertakluk kepada umat Islam.
 
Ia tertakluk mengikut Seksyen 48(3) dan Seksyen 48(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004, yang diwartakan pada April 2010.
 
Mengulas lanjut, Md Salleh berkata, beliau berharap campur tangan politik ini dapat dihentikan dan semua fatwa perlu terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, tanpa melalui mesyuarat EXCO negeri.
 
"Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul.
 
"Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan?

Sekianlah artikel Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco Hal Ehwal Agama lengah pemfatwaan? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/exco-hal-ehwal-agama-lengah-pemfatwaan.html

Subscribe to receive free email updates: