Judul : Hubungan Malaysia dengan Korea Utara masih berjalan
link : Hubungan Malaysia dengan Korea Utara masih berjalan
Hubungan Malaysia dengan Korea Utara masih berjalan
ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Putrajaya buat masa ini tiada rancangan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian mengulas mengenai hubungan Malaysia dengan Pyongyang kini bertambah runcing ekoran bantahan terhadap penyiasatan ke atas kematian Kim Jong Nam.
Beliau yang dipetik Sin Chew Daily berkata, mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu ada membincangkan isu kematian Jong Nam, abang tiri kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un.
“Kabinet berpendapat, Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan dan siasatan ke atas kematian Jong Nam bermotifkan politik, tanpa menunjukkan sebarang bukti, adalah tindakan tidak profesional.
“Bagaimanapun, anggota Kabinet tidak pernah ada idea ini (putuskan hubungan dengan Pyongyang)… tetapi ini perlu berdasarkan perkembangan semasa," katanya.
Katanya, dalam mesyuarat itu, Najib turut meminta Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar lebih proaktif serta telus dalam memberi maklumat mengenai kes Jong Nam bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
“Jika tiada maklumat terkini, banyak spekulasi akan timbul dan ini tidak baik untuk kerajaan.”
Beliau berkata, Kabinet berpuas hati terhadap siasatan dijalankan polis dan Kementerian Kesihatan setakat ini kerana kedua-dua pihak itu menjalankan tugas secara profesional.
Demikianlah Artikel Hubungan Malaysia dengan Korea Utara masih berjalan
Sekianlah artikel Hubungan Malaysia dengan Korea Utara masih berjalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hubungan Malaysia dengan Korea Utara masih berjalan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/hubungan-malaysia-dengan-korea-utara.html