Judul : Jawatankuasa DUN S'gor siasat wakil rakyat BN
link : Jawatankuasa DUN S'gor siasat wakil rakyat BN
Jawatankuasa DUN S'gor siasat wakil rakyat BN
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan hari ini hadir bagi pendengaran tertutup Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Ini susulan kenyataannya dalam DUN pada 1 November lalu bahawa terdapat niat dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali untuk tidak mengiktiraf sistem raja berperlembagaan.
Pendengaran tertutup itu dijalankan kira-kira satu jam di Bangunan Annex, DUN Selangor.
Pada sidang media selepas sesi itu, Mat Nadzari memberitahu bahawa kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP sebagai parti dan bukan mana-mana ADUN.
"Kenyataan saya itu merujuk kepada DAP bukan kepada mana-mana ADUN, tetapi saya dikenakan tindakan oleh Peraturan Tetap," katanya kepada pemberita.
Wakil rakyat BN itu juga diminta menjelaskan kenyataannya bahawa “sebahagian daripada komponen dalam pentadbiran” Azmin mahu menubuhkan konsep “demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan sistem parlimen berperlembagaan”.
Sementara itu, peguam mewakili Mat Nadzari, Kamarudin Ahmad pula berkata, beliau akan membawa isu berkaitan anak guamnya itu ke Mahkamah Tinggi.
Kamarudin turut merujuk peraturan tetap DUN Selangor 36 (6) yang mengatakan seseorang ahli dewan tidak boleh mengeluarkan sangkaan kepada ahli yang lain.
Berdasarkan Peraturan Tetap itu, katanya, tindakan membawa Mat Nadzari ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah tidak wajar.
"Anak guam saya dia langsung tak merujuk kepada mana-mana ahli dewan. Dia cakap merujuk pada parti DAP dan parti DAP bukan ADUN Selangor. Maka, anak guam saya tidak lakukan sebarang pelanggaran Peraturan Tetap.
"Saya tak faham kenapa DUN nak heret anak guam saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dewan bertindak di luar bidang kuasanya dan kemungkinan kita akan bawa ke Mahkamah Tinggi dan biar mahkamah putuskan sama ada anak guam saya langgar Peraturan Tetap atau tidak," katanya.
Sementara itu, pada sidang media berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Hannah Yeoh pula memberitahu, beliau bersikap terbuka terhadap mana-mana pihak yang ingin membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Bagaimanapun, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya mengingatkan bahawa terdapat imuniti bagi setiap perkara yang berlaku di dalam sidang DUN.
"Terpulang pada dia (Mat Nadzari). Sesiapa pun bebas untuk membawa sesiapa ke mahkamah. Tetapi saya nak komen, prosiding di dalam Dewan tidak boleh dicabar di mahkamah.
"Kerana, apa yang berlaku dalam Dewan adalah perkara dalaman yang di kawal (govern) oleh Peraturan Tetap, dan terdapat imuniti dalam Dewan juga," katanya.
Selain itu, Hannah turut memberitahu bahawa jawatankuasanya akan bermesyuarat semula pada 21 Februari depan bagi membincangkan tentang isu berkaitan Mat Nadzari.
"Sama ada, ada kesalahan atau tidak, itu jawatankuasa akan buat keputusan. Tetapi apa-apa keputusan kita ada, bukan boleh buat sebegitu sahaja kerana kita kena bentang penyata dalam sidang DUN akan datang pada Mac nanti.
"Dan ia akan dibahas dulu dalam Dewan Negeri Selangor. Tak semestinya keputusan kita akan diluluskan di DUN," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Jawatankuasa DUN S'gor siasat wakil rakyat BN
Sekianlah artikel Jawatankuasa DUN S'gor siasat wakil rakyat BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jawatankuasa DUN S'gor siasat wakil rakyat BN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/jawatankuasa-dun-sgor-siasat-wakil.html