KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?

KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?
link : KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?

Baca juga


KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?

shahbudindotcom


1. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa telah digantung jawatan serta merta sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara ) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW).

Saya ucapkan tahniah diatas keberanian dan ketegasan pengurusan Mara dan Ahli majlis Mara yang bermesyuarat khas tanpa pengetahuan Annuar Musa untuk menggantung jawatan beliau dengan serta merta.

2. Penggantungan terhadap Annuar Musa diambil kononnya untuk memasti dan mengelak dari sebarang campur tangan Annuar Musa terhadap pasukan audit dalaman Mara membuat siasatan.

Tindakan ini bagi saya adalah langkah yang wajar untuk memastikan tiada unsur salah guna kuasa dilakukan oleh orang yang berkepentingan iaitu Annuar Musa.

Langkah sebegini wajar menjadi amalan dalam semua peringkat pengurusan pentadbiran negara kerana setiap salah laku hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah dan tanpa mengambil kira siapa yang melakukannya.

3. Persoalannya adakah amalan ini juga membabitkan anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga ke peringgat Timbalan Menteri dan juga di peringkat kerajaan negeri.

Menggantung Annuar Musa untuk siasatan yang membabitkan penajaan tak sampai RM2 juta berbanding siasatan keatas PM Najib dan akaun peribadinya dengan wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion  dan wang SRC RM42 juta adalah sesuatu yang pelik serta tidak munasabah.

Memang tiada peruntukan undang-undang untuk menggantung PM tetapi PM Najib boleh dengan rela hati menggantung tugasnya sebagai PM dan Menteri Kewangan dengan mengambil cuti dan jawatan PM serta Menteri Kewangan dipangku untuk mengelak dari campur tangan dan salahguna kuasa Najib yang boleh mengganggu pasukan penyiasat.

4. Oleh kerana Najib masih berdiri sebagai PM semasa siasatan dibuat keatasnya dan 1MDB maka berlaku  'kacau-bilau' dalam SPRM semasa diserbu PDRM  sehingga berlaku pertukaran segera pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) walaupun kemudiannya dibatalkan adalah membuktikan memang berlaku unsur salahguna kuasa orang yang berkepentingan iaitu Najib.

Apa tidaknya,dalam kes memecat Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada tahun 2016, Najib menggunakan kuasanya sebagai orang yang berkepentingan dalam kes sisatan untuk  memecat  TPM dan Peguam Negara semata-mata bagi mengelak Najib didakwa.

Malangnya rakyat Malaysia kerana dipimpin oleh jemaah menteri dan pemimpin Umno/BN sebagai kerajaan yang korup serta Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang 'pelahap' (glutton).

Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
 
 


Demikianlah Artikel KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?

Sekianlah artikel KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kalau-annuar-musa-boleh-digantung.html

Subscribe to receive free email updates: