Judul : Kalau nak berhenti jumpa saya, kata Nazri
link : Kalau nak berhenti jumpa saya, kata Nazri
Kalau nak berhenti jumpa saya, kata Nazri
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyarankan jika ada mana-mana menteri yang ingin meletak jawatan, orang yang perlu ditemui adalah beliau sendiri.
Kata Nazri, keadaan itu kerana beliau adalah kawan kepada semua menteri dalam kerajaan dan bukan Datuk Seri Azmin Ali.
"Saya hairan, dalam politik Azmin ini musuh. Jadi kalau nak beritahu (ingin berhenti sebagai menteri) kepada orang lain selain perdana menteri pun, beritahulah saya.
"Kalau nak beritahu kawan, Azmin bukan kawan.
"Disebabkan (menteri itu orang) BN, jadi sayalah kawan dia. Tapi tak ada siapa pun beritahu saya (dia) nak berhenti.
"Yang pasti, saya tak berhentilah," kata Nazri diiringi gelak tawanya.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Indera Gajah Pahang di Kuala Lumpur hari ini.
Petang semalam Azmin mencetuskan tanda tanya apabila mendakwa ada seorang menteri kanan "telah meletak jawatan" tetapi dia tidak mendedahkan sebarang identiti tokoh terbabit.
Kata timbalan presiden PKR itu, tindakan berkenaan dibuat kerana tokoh terbabit "tidak mahu bersubahat dengan 1MDB".
Ia mencetuskan pelbagai spekulasi dan beberapa nama menteri kanan - terutama dari parti Umno - disebut-sebut.
Harapan Pakatan Harapan
Malam tadi perdana menteri mengesahkan tiada mana-mana menteri memberitahunya ingin meletak jawatan.
Kecuali Azmin mendedahkan nama menteri dimaksudkan itu, kata Najib, menteri besar Selangor itu akan dianggap berbohong.
Namun Azmin bertegas dengan kenyataan itu.
Katanya, menteri terbabit memaklumkan sendiri keputusannya meletak jawatan dan identiti tokoh berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Dalam tweet beliau menjelang tengah malam tadi, sekali lagi Azmin seakan-akan mengusik Najib.
"Jangan terlalu teruja @NajibRazak. Bertenang. Kebenaran akan terserlah," katanya.
Azmin juga menulis selepas itu: "Baru tanya pun dia nak panic. Apa maksudnya?"
Mengulas lanjut Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Renggas itu berkata apa yang dibangkitkan timbalan presiden PKR itu hanyalah langkah beliau untuk menimbulkan tanda tanya dan polemik.
"Saya beranggapan perkara ini sengaja dicipta bagi mengalihkan perhatian daripada masalah yang dihadapi pembangkang, satu perkara yang boleh menimbulkan tanda tanya dan polemik dengan harapan mereka akan lupakan masalah yang membelenggu Pakatan Harapan," tambah Nazri.
Demikianlah Artikel Kalau nak berhenti jumpa saya, kata Nazri
Sekianlah artikel Kalau nak berhenti jumpa saya, kata Nazri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau nak berhenti jumpa saya, kata Nazri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kalau-nak-berhenti-jumpa-saya-kata-nazri.html