Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah

Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah
link : Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah

Baca juga


Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
LUNDU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu, Puan Sri Jamilah Anu, akan dibantu ahli keluarganya sepanjang tempoh berkempen memandangkan beliau masih dalam edah.   
 
Anak Jamilah, Azizul Annuar Adenan berkata ahli keluarganya akan berkampung di kawasan itu sepanjang tempoh berkempen hingga hari pengundian.
 
Katanya mereka akan berkempen mengikut perancangan yang dibuat oleh jentera pilihan raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN Sarawak.
 
"Insya-Allah memandangkan ibu masih dalam tempoh edah, saya, adik-beradik yang lain serta ahli keluarga akan turun berkempen membantu," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK itu di Dewan Masyarakat Lundu hari ini.
 
Azizul yang merupakan anak bongsu Jamilah dan Tan Sri Adenan Satem, berkata strategi kempen yang dirancang termasuk penggunaan media sosial.
 
Beliau turut melahirkan rasa syukur dengan kelancaran proses penamaan calon hari ini serta berterima kasih kepada pucuk pimpinan PBB, BN serta anggota parti yang hadir memberikan sokongan kepada ibunya.
 
Ditanya mengenai PRK Tanjung Datu melibatkan pertandingan 3 penjuru, Azizul berkata sistem demokrasi yang diamalkan perlu dihormati.
 
"Kami semestinya mengharapkan tiada pertandingan, tetapi tidak mengapa untuk mempunyai lawan pada PRK ini, kita akan lihat (keputusan) apabila pengundi turun hari pengundian nanti," katanya.
 
PRK Tanjung Datu diadakan susulan kematian penyandang, Tan Sri Adenan Satem yang juga Ketua Menteri ke-5 Sarawak pada 11 Januari lalu akibat komplikasi jantung.
 
Pada PRK itu, Jamilah bakal berdepan dengan saingan tiga penjuru 18 Februari ini, menentang calon PBDBS, Rapelson Richard Hamit dan calon STAR, Johnny Bob Aput.
 
 


Demikianlah Artikel Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah

Sekianlah artikel Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kempen Jamilah dibantu ahli keluarga kerana masih dalam edah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kempen-jamilah-dibantu-ahli-keluarga.html

Subscribe to receive free email updates: