Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin

Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin
link : Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin

Baca juga


Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan jalan kerjasama antara partinya dengan PAS akan merintis usaha ke arah penyatuan parti-parti pembangkang yang lebih kukuh bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).
 
Katanya langkah kearah itu akan memastikan pembangkang bersatu dalam memastikan prinsip satu lawan satu antara pembangkang dan Umno BN adalah dicapai menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
"Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional secara satu lawan satu dalam PRU-14 dan insyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat, akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Malah beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk membentuk kerjasama dengan serpihan Umno itu sebagaimana yang dijalankan oleh Timbalannya Datuk Seri Mukhriz semalam.
 
Mukhriz bersama-sama rakan sejawatnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili PAS semalam mengadakan rundingan secara rahsia di ibu negara bagi merintis jalan kearah kerjasama antara kedua-dua parti.
 
Rundingan itu menghasilkan draf kerjasama yang akan diperincikan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
 
"PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan. Persefahaman yang dicapai dengan PAS ini akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU-14," katanya.
 
Dalam pada itu, bekas timbalan perdana menteri itu turut optimis kerjasama berkenaan akan mewujudkan satu gabungan yang berkaliber untuk mentadbir negara sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.
 
PPBM sebelum ini mengikat persefahaman antara parti tajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan konsep satu lawan satu dengan Umno BN pada PRU14 kelak.
 
"Saya percaya peluang untuk mewujudkan sebuah gabungan parti-parti politik yang lebih berkaliber untuk mentadbir negara sekiranya diberikan mandat oleh rakyat akan dapat direalisasikan dengan wujudnya persefahaman antara PPBM, PAS dan parti-parti sekutu yang mempunyai aspirasi yang sama. 
 
"Dengan perkembangan terbaru ini saya juga yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.
 
"Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-PAS akan dapat dimaterai oleh saya dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam tempoh beberapa hari akan datang," katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin

Sekianlah artikel Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kerjasama-pas-ppbm-bakal-lengkapi.html

Subscribe to receive free email updates: