Judul : Kit Siang melenting ditanya pendirian siasatan BMF-Tun M
link : Kit Siang melenting ditanya pendirian siasatan BMF-Tun M
Kit Siang melenting ditanya pendirian siasatan BMF-Tun M
Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
PETALING JAYA: Sidang media bagi mengumumkan penyertaan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP, sebentar tadi, tegang seketika apabila penasihat parti itu, Lim Kit Siang mempertikaikan soalan yang diajukan seorang wartawan.
Ia bermula apabila seorang wartawan bertanyakan soalan kepada Kit Siang, sama ada beliau akan menukar nada bersabit skandal Forex dan Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak 'semeja' dengan beliau.
Pertanyaan itu membuatkan Kit Siang melenting dan bertanyakan kembali, bagaimana ucapannya yang dikatakan berubah nada.
Wartawan itu kemudian cuba menjelaskan kembali soalannya kerana Kit Siang 'tersalah tafsir' dengan menyangka dia seolah-olah mendakwa pemimpin DAP itu membuat kenyataan berbeza bersabit isu berkenaan.
Bagaimanapun Kit Siang terus 'menyerang' wartawan berkenaan dan menyindir bahawa seorang pemberita tidak wajar membuat laporan yang tidak benar.
"Tidak, bagaimana yang saya kata berbeza? Bagaimana? Jika anda tak boleh nyatakan, anda sedang membuat tuduhan tidak berasas.
"Buktikan, buktikan...anda kata saya cakap dengan berbeza, beritahu saya, jika tidak anda membuat tuduhan tak berasas," tegasnya.
Situasi itu kembali tenang beberapa minit kemudiannya.
Dr Mahathir baru-baru ini dikaitkan dengan skandal BMF dan Forex yang mengakibatkan kerugian wang yang besar, ketika era pemerintahannya.
Terdahulu, dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Dr Mahathir Mohamad, menurut laporan portal berita.
Dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh CIA, juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
Tidak lama kemudian, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan berkata, BNM mengalami kerugian AS$10 bilion (RM40.4 bilion) dalam urus niaga perdagangan matawang pada awal 90-an semasa era pentadbiran Dr Mahathir.
Ekoran itu, Pemuda Umno mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga itu.
Demikianlah Artikel Kit Siang melenting ditanya pendirian siasatan BMF-Tun M
Sekianlah artikel Kit Siang melenting ditanya pendirian siasatan BMF-Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang melenting ditanya pendirian siasatan BMF-Tun M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kit-siang-melenting-ditanya-pendirian.html