Judul : KSN: Bilangan penjawat awam tidak ditambah atau dikurangkan
link : KSN: Bilangan penjawat awam tidak ditambah atau dikurangkan
KSN: Bilangan penjawat awam tidak ditambah atau dikurangkan
MALAYSIAKINI
Kerajaan tidak akan menambah atau mengurangkan bilangan penjawat awam, malah mengambil pendekatan 'redeployment' jika ada keperluan mewujudkan perjawatan baru pada masa depan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata jumlah 1.6 juta penjawat awam kini dilihat sudah memadai memandangkan golongan itu dilatih untuk bertugas secara 'multitasking', termasuk ke arah menghapuskan jawatan yang tidak lagi relevan sesuai dengan perubahan semasa.
Beliau berkata ia adalah langkah yang diambil kerajaan sejak 2012 untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan bagi sektor itu dan ia masih dilaksana hingga ke hari ini.
"Semua penjawat awam sedia ada atau yang baru perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan.
"Kita tidak kurangkan perjawatan awam, mungkin ada beberapa jawatan dahulu hilang peranannya namun diganti dengan tugas baru yang mengikut keperluan semasa," katanya kepada pemberita di Kuala Selangor hari ini.
Mengulas lanjut, Ali berkata pihaknya turut menerima banyak permintaan untuk menambah perjawatan baru dalam agensi kerajaan termasuk sektor keselamatan, namun ia akan diteliti dan dipertimbang kewajarannya terlebih dahulu.
Dalam soal ini, beliau berkata kerajaan akan melihat sama ada penggunaan konsep 'redeployment' adalah lebih sesuai atau sebaliknya bagi mengelak wujud kembali perjawatan yang tidak perlu.
Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) mencapai sasaran sepatutnya selaras dengan hasrat kerajaan yang menjadikan tahun 2017 sebagai tahun penyampaian perkhidmatan.
Terdahulu, Ali merasmikan Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya di Kuala Selangor bernilai kira-kira RM4 juta hasil sumbangan Yayasan Rafulin untuk manfaat warga sekolah dan penduduk sekitar.
Beliau sekali gus menggesa lebih banyak pihak termasuk sektor korporat berganding bahu dengan kerajaan untuk menambah serta menambah baik prasarana institusi pendidikan.- Bernama
Demikianlah Artikel KSN: Bilangan penjawat awam tidak ditambah atau dikurangkan
Sekianlah artikel KSN: Bilangan penjawat awam tidak ditambah atau dikurangkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KSN: Bilangan penjawat awam tidak ditambah atau dikurangkan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/ksn-bilangan-penjawat-awam-tidak.html