'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....'

'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....'
link : 'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....'

Baca juga


'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....'


Berdepan dengan aktivis yang pernah mengecamnya dengan pelbagai label, hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya untuk "diambil tindakan" oleh kumpulan reformasi.

Berucap di Konvensyen Reformis Malaysia hari ini, Dr Mahathir menegaskan - untuk kesekian kalinya - bahawa perjuangan utama rakyat di negara ini ialah menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Seruan itu disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 300 orang yang hadir di IDCC Shah Alam itu.

Tokoh yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu juga secara sedar mengakui dia bukanlah orang yang digemari semua.

"Saya bukanlah orang yang disukai semua orang, banyak yg masih tak suka," katanya disambut sorakan "Betul! Betul!" daripada hadirin.

Pun begitu ia tidak menjejaskan ucapan Dr Mahathir.

"Sebab itu saya ingin tekankan di sini akan pentingnya kita lupakan yang lama...." katanya, dan sekali lagi disorak sebahagian hadirin.

"Tak boleh lupa Tun! Lapan belas tahun Tun!!" kata hadirin, merujuk kepada permulaan kebangkitan gerakan reformasi kesan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Kata Dr Mahathir, beliau sebelum ini belum pernah bersemuka dengan penggerak gerakan reformasi.

Namun pada hari ini, kata pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia itu, beliau mendapat kehadiran begitu ramai dan penuh dengan emosi serta semangat.

"Apa yang utama (difikirkan semua pihak) ialah, apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib.
"Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambik laaa..." katanya disambut tepukan dan sorakan sekali lagi.



Demikianlah Artikel 'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....'

Sekianlah artikel 'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Lepas tu nak ambil tindakan pada saya, ambil la....' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/lepas-tu-nak-ambil-tindakan-pada-saya.html

Subscribe to receive free email updates: