Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam

Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam
link : Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam

Baca juga


Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN Salor, Datuk Husam Musa mempertahankan ucapannya ketika menyampaikan ceramah di Selising, 6 Februari lalu bahawa Affin Bank telah digunakan untuk penyaluran dana kepada PAS.
 
"Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan dalam ceramah saya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu," katanya menerusi satu posting di laman Facebook beliau. 
 
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya ekoran mengeluarkan kenyataan sedemikian.
 
Mengulas bersabit perkara itu, kata Husam, beliau yakin tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang dibangkitkan. 
 
"Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu berbangkit.
 
"Saya berpendapat, kenyataan Datuk Timbalan Presiden PAS adalah tanpa penelitian. 
 
"Kemungkinan beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit.
 
"Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi PAS," katanya lagi.
 
Semalam, Tuan Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Husam bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno yang didakwa disalurkan menerusi akaun Affin Bank.  
 
Tegas Tuan Ibrahim, dakwaan Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat oleh Sarawak Report.
 
Justeru kata Tuan Ibrahim, pihak guaman PAS akan meneliti tuduhan berkenaan dan mengemukakan saman fitnah terhadap Husam dalam masa terdekat.  
 
Husam beberapa hari lalu dalam ceramahnya mendakwa mengetahui maklumat mengenai dana RM90 juta yang didakwa disalurkan kepada PAS.
 
Dalam ceramahnya, Husam mendakwa ada dana bernilai RM90 juta disalurkan melalui akaun di Affin Bank. 
 
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
 
Rakaman singkat video ucapan Husam itu tersebar di media sosial dan dimuat naik di YouTube.
 
Husam membayangkan untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
 
Husam yang pernah menjadi naib presiden PAS antara 2011 hingga 2015, kini menyertai Amanah, selepas dipecat daripada PAS atas dakwaan salah laku.  
 
Isu RM90 juta mula dibangkitkan oleh portal Sarawak Report pada Ogos tahun lalu. 
 
 


Demikianlah Artikel Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam

Sekianlah artikel Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah akan buktikan kebenaran, kata Husam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/mahkamah-akan-buktikan-kebenaran-kata.html

Subscribe to receive free email updates: