Judul : Mat Tere nak solat hajat panjang umur, murah rezeki
link : Mat Tere nak solat hajat panjang umur, murah rezeki
Mat Tere nak solat hajat panjang umur, murah rezeki
MALAYSIAKINIMuhammad Zul Apiz Baharum, 29 atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Tere berkata beliau dilayan dengan baik oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun sebelum ini mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Institusi diraja Johor.
Lelaki yang dikenali dengan karekter lurus bendul itu turut memohon maaf atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
“Alhamdullilah saya dilayan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepadanya.
"Saya janji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya.
“Cukuplah, saya tak mahu lagi buat macam tu. Apa pun saya minta maaf banyak-banyak dan malam ni saya nak solat hajat mohon panjang umur dan murah rezeki lepas solat Isyak,” katanya seperti dilapor portal Sinar Harian.
Mat Tere yang ditemui di rumahnya di Kampung Dendang, Ketereh, Kelantan berkata dia tidak mengenali individu yang menyuruh dan merakam percakapannya sebelum video itu dimuat naik di Facebook.
“Saya tak kenal dengan orang yang suruh saya buat video tu. Cuma saya tahu dia ada dua orang. Saya harap lepas ini ‘ore’ (orang) tidak ambil kesempatan pada saya lagi," katanya.
Menurutnya, pengalaman ditahan dan tinggal dalam penjara juga cukup menginsafkannya.
‘Mat Tere’ bagaimanapun dilihat masih dalam keadaan sugul dan tidak banyak bercakap namun riak wajahnya menunjukkan yang beliau amat bersyukur dibebaskan.
Demikianlah Artikel Mat Tere nak solat hajat panjang umur, murah rezeki
Sekianlah artikel Mat Tere nak solat hajat panjang umur, murah rezeki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mat Tere nak solat hajat panjang umur, murah rezeki dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/mat-tere-nak-solat-hajat-panjang-umur.html