Judul : MCA: Bincang dulu sebelum roboh tokong
link : MCA: Bincang dulu sebelum roboh tokong
MCA: Bincang dulu sebelum roboh tokong
Anne Muhammad & Zulaikha ZulkifliMenyentuh isu perobohan tokong Taoisme menyerupai binaan masjid di Klang, parti Cina itu berpendapat perbincangan teliti harus dibuat bagi menghormati kepelbagaian agama di negara ini.
"Pegawai-pegawai juga tidak harus bertindak tanpa merujuk kepada ahli-ahli politik sama ada ahli exco atau wakil rakyat setempat," kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Ti Lian Ker kepada Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas tindakan MPK merobohkan tokong di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja yang dikatakan dibina atas tanah kerajaan.
Utusan Online melaporkan tokong itu didakwa menimbulkan kemarahan penduduk kerana tempat sembahan hijau-kuning itu mempunyai kubah serta lambang bulan sabit.
Katanya, beliau bimbang tindakan itu menimbulkan kemarahan penduduk Cina setempat.
Dr Ching turut mencadangkan agar pihak MPK menyediakan tanah lain bagi menggantikan penempatan tokong yang telah dirobohkan.
"Saya langsung tak setuju cara begini (robohkan tokong). Saya rasa ia akan menyinggung perasaan orang Cina," katanya.
Penduduk: Ini 'Datuk Melayu'
Sementara itu, tinjauan Malaysiakini mendapati tokong tersebut telah dirobohkan sepenuhnya dan diturap dengan pasir baru.
Bagaimanapun, terdapat penduduk setempat yang mempersoalkan perobohan tokong 15 tahun itu.
Wanita yang enggan namanya disebut itu berkata, terdapat ‘Datuk’ yang memang menjaga kawasan itu dari musibah dan memberikan keuntungan kepada perniagaan.
“Biasanya satu taman ada satu Datuk. (Tokong ini) sudah ada 15 tahun, memang Datuk ini sudah jaga kawasan dengan baik, jaga keselamatan dan jaga perniagaan. Jadi orang derma wang untuk bina lebih besar. Itu tidak salah kan?
“Kalau dulu tokong kecil warna merah, ada Datuk juga dan itu tokong itu boleh dialih-alihkan. Sebelum dia (pemilik tokong) ubah suai lebih besar, dia akan minta izin pada Datuk bukan sesuka hati kerana ini tuhan.
“Ia dibina menyerupai masjid kerana di sini yang jaga Datuk Melayu. Siapa yang robohkan saya tidak tahu apa nasib dia nanti,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk berkata Datuk tersebut turut dikenali sebagai “roh tok penghulu” di kawasan itu.
“Sebelum siap perumahan kontraktor akan bina satu tokong untuk jaga kawasan, kalau pergi mana-mana kawasan pun kena ada Datuk.
“Kita kena hormat-menghormati itu yang lebih penting kerana kita ada banyak agama dan bangsa, setiap agama ada kepercayaan masing-masing,” katanya.
Lelaki itu turut memberi contoh dalam masyarakat Melayu yang mempercayai setiap hutan turut mempunyai ‘Datuk’ yang menunggu kawasan itu sehingga ada yang meminta izin sebelum masuk.
MPK: Tiada kaitan isu agama
Bagaimanapun, kunjungan Malaysiakini ke pejabat Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin memberikan reaksi berlainan.
Mohamad Yasid (bawah) berkata pihaknya merobohkan tokong itu kerana ia dibina di atas tanah kerajaan dan tidak ada kaitan dengan sentimen agama.
“Ia tidak ada kaitan dengan isu agama. Tak kira semua agama kalau tanah itu dibina atas tanah bawah kawalan MPK tanpa kelulusan, bukan hanya rumah ibadah, kedai pun berapa banyak kita robohkan,” katanya.
Jelasnya pemilikan tokong ini adalah milik individu dan bukannya mewakili banyak penganut lain.
Mohamad Yazid ketika ditanya adakah isu ini sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu berkata:
“Kita tidak rasa apa-apa. Kalau kita rasa ada binaan haram, ada aduan kita ambil tindakan. Kalau ada gerai haram pun kita robohkan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS) menggesa kerajaan negeri menggunakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dalam menangani isu sebegitu.
Presidennya Rosdi Long berkata, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mewartakan bahawa rumah ibadat bukan Islam tidak dibenarkan mengguna pakai apa yang menjadi identiti agama Islam.
Umno Online juga melaporkan exco agama Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai berkata, perbuatan tersebut tidak boleh dibiarkan kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan ditakuti mencetuskan ketegangan antara agama
Demikianlah Artikel MCA: Bincang dulu sebelum roboh tokong
Sekianlah artikel MCA: Bincang dulu sebelum roboh tokong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MCA: Bincang dulu sebelum roboh tokong dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/mca-bincang-dulu-sebelum-roboh-tokong.html