Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran

Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran
link : Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran

Baca juga


Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran

MALAYSIAKINI


Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah melupuskan lima tan alas kaki yang menggunakan helaian kertas mengandungi tulisan al-Quran, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata operasi yang menggunakan kaedah tanam mengikut syarak itu dilakukan di sebuah tapak pelupusan khas di Sungai Udang di Melaka yang mengambil masa lebih dua jam bermula jam 9 pagi semalam.

Beliau berkata operasi pelupusan berkenaan disertai kira-kira 30 orang termasuk wakil dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, SWM Environment Sdn Bhd, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Mufti Melaka dan Jabatan Penyelidikan JAIM.

"Semua alas kaki berkenaan diambil dari gudang penyimpanan seorang peniaga di Krubong menggunakan dua lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ke tapak pelupusan berkenaan.

"Kita telah melaksanakan pelupusan ini menggunakan kaedah yang telah ditetapkan Islam bagi menjaga kesucian al-Quran," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 1 Disember tahun lepas, Bernama melaporkan JAIM berjaya merampas lebih 500 alas kaki serupa dalam pemeriksaan di sebuah gudang pembekal di Krubong selepas menerima aduan orang awam berhubung alas kaki yang dilapik ayat al-Quran yang tular dalam laman sosial baru-baru ini.

Berdasarkan siasatan, semua alas kaki berkenaan dibeli seorang pemborong di Krubong daripada seorang pembekal alas kaki di Kranggan Kecamatan Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Rahimin berkata kes berkenaan dianggap selesai dan ia telah ditutup namun pihaknya menasihatkan orang awam agar sentiasa peka dan tidak menimbulkan sebarang isu sensitif terutama melibatkan soal agama mana-mana kaum.

"Sekiranya ia berlaku kita mohon pihak yang terlibat segera melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk JAIM atau MAIM agar perkara yang lebih serius dapat dielakkan," katanya.

Beliau berkata JAIM juga berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha melupuskan alas kaki berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Bernama
 


Demikianlah Artikel Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran

Sekianlah artikel Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Melaka lupus 5 tan alas kaki helaian kertas tulisan al-Quran dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/melaka-lupus-5-tan-alas-kaki-helaian.html

Subscribe to receive free email updates: