Judul : Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS
link : Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS
Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS
Oleh Nur Atiqah Abd SamadSHAH ALAM: Exco PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan bukan menggunakan emosi.
Malah beliau turut meminta Guan Eng untuk membuat perbandingan kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dan Kelantan, yang dakwanya hak kaum di negeri itu lebih banyak dinafikan.
"Saya mengharapkan sebagai (seorang) ketua menteri ni menghormatilah kerajaan-kerajaan yang ada ni dan bercakap dengan fakta dan bukan bercakap dengan emosi, tuduhan-tuduhan melulu tanpa bukti dan fakta.
"Cuba dapatkan fakta perbandingan, orang Melayu di Pulau Pinang dengan orang Melayu di Kelantan. Siapa yang merempat? Lalu orang Melayu di Pulau Pinang yang merempat tu, bukan ke dia rakyat negeri itu, jadi siapa punya kegagalan.
"Manakala di Kelantan pula minoritinya orang bukan Melayu, Cina, Siam dan sebagainya, ada yang merempat di Kelantan?," soal beliau ketika dihubungi Antarapos.
Semalam Guan Eng berkata Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal.
Sehubungan itu, katanya, kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.
Meskipun mengakui Kelantan adalah negeri termiskin, Che Abdullah yang juga merupakan Setiausaha PAS Negeri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan banyak peluang untuk mengkayakan negeri itu dinafikan.
"Kita tak nafikan kerajaan negeri ni miskin kerana kita dinafikan hak banyak benda seperti royalti, pelabuhan. Apabila pelabuhan ni tak ada, banyak perkara berlaku secara berganda.
"Banyak syarikat-syarikat besar pelaburan tidak melabur di kelantan. Kita tak ada lebuhraya, lapangan terbang antarabangsa, yang semua benda ni ada di negeri-negeri lain yang diselenggara kerajaan Pusat," jelas beliau.
Malah katanya, jika Pulau Pinang adalah negeri terkaya, kerajaan negeri berkenaan tidak akan meminta sebarang bantuan daripada kerajaan Pusat.
"Di Pulau Pinang pun jambatan-jambatan di sana dibuat kerajaan Pusat. Baru-baru ini kerajaan Pulau Pinang ada meminta peruntukan daripada Pusat bagi mengatasi masalah banjir. Maknanya kerajaan Pulau Pinang sendiri tak mampu atasi masalah banjir dengan kewangan dan pentadbiran mereka sendiri," ujarnya.
Demikianlah Artikel Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS
Sekianlah artikel Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/melayu-di-kelantan-atau-pulau-pinang.html