Judul : Mengapa tak didakwa, tanya Khalid pada polis
link : Mengapa tak didakwa, tanya Khalid pada polis
Mengapa tak didakwa, tanya Khalid pada polis
Anne MuhammadAnggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan keputusan yang dibuat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia terhadap penangguhan pendakwaan sekumpulan individu yang menyerangnya tahun lalu.
Katanya, alasan yang diberikan polis - iaitu untuk melengkapkan bukti - disifatkan sebagai tidak wajar kerana kejadian pada 24 November 2016 itu jelas menunjukkan dirinya diserang.
"Jadi kita nak minta pihak polis memberikan penjelasan, mengapa kes ini dilemahkan dengan begitu sekali sedangkan ia berlaku pada siang hari, cuaca terang, video yang jelas, rekod lengkap dan sempurna di parlimen, CCTV (kamera litar tertutup) dan kawad cam telah dibuat.
“Polis yang tercedera telah mengecam (individu) yang terlibat. Kenapa kes ini di lengah-lengahkan? Ia berlaku dalam (kawasan) parlimen (melibatkan) serangan terhadap ahli parlimen walaupun bukan dari BN," katanya.
Khalid bercakap kepada media di Wisman AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.
Pada 24 November lalu, sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan pengarah komunikasi AMANAH itu menyerangnya dalam kawasan parlimen.
Mereka yang mendakwa datang dari Pasir Salak, Perak, tidak berpuas hati dengan kejadian pertikaman lidah antara Khalid dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Tajudin adalah anggota parlimen Pasir Salak.
Selepas siasatan dijalankan seramai lapan individu dijadual didakwa atas tuduhan merusuh pada 3 Februari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lapan individu terbabit akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.
Bagaimanapun pada tarikh berkenaan, mereka tidak dituduh dan menurut peguam Khalid, Zulhasmi Sharrif, polis memberitahu mereka perlu menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
Khalid berkata, sepatutnya individu terbabit terus didakwa kerana berpendapat bukti yang ada sudah mencukupi.
"Apa alasan polis dan pejabat Peguam Negara - kalau mereka yang mengeluarkan arahan itu," katanya.
Khalid turut kesal kerana sehingga kini tiada keadilan terhadap dirinya walaupun insiden berlaku kira-kira dua bulan yang lalu.
"Peristiwa yang dikatakan rusuhan itu berlaku 24 November, sekarang sudah Februari, sudah lebih dua bulan tapi tiada pendakwaan," katanya.
Demikianlah Artikel Mengapa tak didakwa, tanya Khalid pada polis
Sekianlah artikel Mengapa tak didakwa, tanya Khalid pada polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mengapa tak didakwa, tanya Khalid pada polis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/mengapa-tak-didakwa-tanya-khalid-pada.html