PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini?

PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini?
link : PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini?

Baca juga


PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini?

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Pusat dijangka akan membincangkan berkaitan rundingan kerjasama parti itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 17 Februari depan.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memberitahu Antarapos,  keputusan itu bakal diputuskan Majlis Syura Ulama (MSU) selepas pimpinan tertinggi PAS selesai bermesyuarat.
 
"Kita masih menunggu laporan daripada rundingan yang dibuat sebelum ini.
 
"Mesyuarat terdekat kita pada 17hb (Februari), mesyuarat Pusat. Selepas diperincikan barulah dibawa ke Majlis Syura," katanya ringkas.
 
Minggu lalu, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama-sama rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan mesyuarat secara rahsia di ibu negara bagi merintis jalan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.
 
Mesyuarat itu menghasilkan draf kerjasama yang akan diperincikan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
 
Pada mesyuarat itu juga kedua-dua parti turut membentuk jawatankuasa teknikal bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan yang dipersetujui.
 
Setakat ini pakatan pembangkang masih menunggu hasil positif kerjasama ini bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu diadakan dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
 
Pemerhati politik menjangkakan rundingan ini gagal membuahkan hasil disebabkan dasar perjuangan PAS dan PPBM jelas bercanggah sama sekali.
 
Matlamat PPBM adalah mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ternyata dasar PAS bertentangan dengan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu yang mahu menukar sistem sedia ada berbanding menjatuhkan individu.
 
 


Demikianlah Artikel PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini?

Sekianlah artikel PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS bakal bincang hasil pertemuan PPBM 17 Februari ini? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/pas-bakal-bincang-hasil-pertemuan-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates: