PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk

PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk
link : PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk

Baca juga


PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk

MALAYSIAKINI


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas perdana menteri itu tidak akan berjaya 'memujuk' PAS untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.

"Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang.

"Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan, namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau kemudiannya menyelar tindakan PAS dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.

"Kita (PAS) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Mahathir) rasa PAS tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan Harapan.

"Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli... jadi kita bawa jalan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata tiada mana-mana pihak boleh memaksa PAS untuk membuat keputusan mengikut selera mereka kerana parti itu mempunyai penilaian sendiri terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan.

"Kami ada pendirian kami sendiri... tak ada orang boleh paksa PAS. Kita buat keputusan apa semua pun dengan pandangan dan penilaian kita sendiri.

"Setakat ini tak ada lagi keputusan (yang dibuat PAS) kerana orang paksa," katanya.- Bernama




Demikianlah Artikel PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk

Sekianlah artikel PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS: Jangan sebelah tangan salam, sebelah lagi mahu tumbuk dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/pas-jangan-sebelah-tangan-salam-sebelah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :