Judul : 'Pemecah' sebenar pembangkang adalah Amanah - Tuan Ibrahim
link : 'Pemecah' sebenar pembangkang adalah Amanah - Tuan Ibrahim
'Pemecah' sebenar pembangkang adalah Amanah - Tuan Ibrahim
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: PAS menyanggah dakwaan Amanah bahawa partinya cuba memecahbelahkan pembangkang, selepas wujud cadangan supaya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai Gagasan Sejahtera (GS).
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya berkata parti pimpinan Mohamad Sabu itulah yang memecahbelahkan pembangkang.
"Yang memecahbelahkan pembangkang adalah Amanah itu sendiri. Jika kita lihat parti-parti lain mereka menarik Umno bersama blok pembangkang.
"Tetapi Amanah pula tarik sesama pembangkang, nak isytihar bertanding di tempat pembangkang dan di tempat PAS menang, malah begitu juga di Selangor dan Kelantan. Juga hendak tarik ahli-ahli PAS.
"Tindakan dibuat Amanah itulah punca kepada pembangkang berpecah," katanya kepada Antarapos.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pada semalam mendakwa cadangan PAS supaya PKR dan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menyertai Gagasan Sejahtera adalah untuk memecahbelahkan pembangkang.
Cadangan agar PKR dan PPBM keluar daripada PH dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas beliau percaya gabungan pembangkang mampu menjadi lebih kuat untuk menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN).
Tuan Ibrahim kemudiannya menyelar parti serpihannya itu yang gemar 'mencuri' hak PAS.
"Dahulu ketika Tengku Razali Hamzah ketika menubuhkan Semangat 46, beliau tarik orang Umno. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menubuhkan PKR, beliau berjaya menarik pembangkang dan ahli-ahli Umno dalam blok pembangkang.
"Berbeza dengan Amanah asyik tarik ahli PAS, serang Selangor, Kelantan dan kerusi-kerusi kami bertanding. Jadi rakyat boleh menilai siapa yang pecah-belahkan blok pembangkang," katanya lagi.
Amanah sebelum ini mengumumkan mahu menang di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Menurut parti pimpinan Mohamad Sabu itu, pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak relevan dengan realiti politik hari ini.
Demikianlah Artikel 'Pemecah' sebenar pembangkang adalah Amanah - Tuan Ibrahim
Sekianlah artikel 'Pemecah' sebenar pembangkang adalah Amanah - Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Pemecah' sebenar pembangkang adalah Amanah - Tuan Ibrahim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/pemecah-sebenar-pembangkang-adalah.html