Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir

Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir
link : Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir

Baca juga


Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir

BNBBC ·

 

Tan Sri Shahrir Abdul Samad menjelaskan langkah menjual aset-aset milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) termasuk yang berada di London tidak menjejaskan operasi agensi tersebut.

Pengerusi Felda itu berkata aset-aset yang dijual itu tidak menyumbang kepada peranan Felda dalam menjaga kesejahteraan peneroka dan menafikan langkah itu menunjukkan lembaga tersebut muflis.

“Kalau kita ada harta di London…di Bayswater, operasi Felda tak terjejas pun dan ia pun tidak menyumbang kepada operasi Felda iaitu menjaga kesejahteraan peneroka.

“Jadi takkanlah kita jual, Felda dah nak jadi bankrup dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A pada Sabtu.

Shahrir berkata, siri jelajah dianjurkan pakatan pembangkang yang didakwa untuk menyelami masalah peneroka Felda, juga dilihat bertujuan menghasut.

Katanya, siri jelajah itu tidak akan membawa kepada kemajuan dan keselamatan Felda mahupun peneroka.
“Kalau betul nak tegapkan Felda, mantapkan Felda, nak tentukan peneroka ini sejahtera, ialah melalui tindakan, pemikiran, semangat dan niat yang betul,” katanya.

Selain itu, katanya, laporan prestasi kewangan Felda akan dibawa ke mesyuarat lembaga pengarah di Kuala Lumpur, 20 Februari ini.

“Bila dah mesyuarat nanti, kita maklumkan. Pada kami yang mustahak, sama ada saham ataupun harta.. itu adalah pelaburan,” katanya.

Shahrir berkata, fungsi Felda bukan menguruskan bank atau harta, sebaliknya dana agar ada pulangan untuk digunakan dalam operasi lembaga tersebut.

Katanya, menjadi tanggungjawab Felda untuk menguruskan kesejahteraan dan hasil kebun peneroka.
“Itu kita punya tugas. Mustahak kita uruskan dana itu dengan baik. Maknanya wang tunai, pelaburan dalam saham, harta dan syarikat mesti ada pulangan.

“Dan pulangan ini, kalau tidak berbaloi, tetapi harga ia meningkat, jadi kita jual. Ini bukan harta untuk menjadi asas kepada operasi kita,” katanya.



Demikianlah Artikel Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir

Sekianlah artikel Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjualan aset tak jejas operasi Felda : Shahrir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/penjualan-aset-tak-jejas-operasi-felda.html

Subscribe to receive free email updates: