Judul : Perusuh stadium kena jel empat hari
link : Perusuh stadium kena jel empat hari
Perusuh stadium kena jel empat hari
ANTARAPOS.COMNIBONG TEBAL: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM6,000 setiap seorang kepada dua lelaki atas tuduhan memiliki mercun ketika perlawanan bola sepak Liga Super antara Pulau Pinang dan Sarawak, Sabtu lalu.
Penyokong skuad Pulau Pinang, Mohd Afizal Mohd Aziz, 22, dan Muhammad Khairi Mat Yusoff, 27, turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Keputusan dibuat selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Shamsol Azwa Martadza.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan di sini pada jam 8.45 malam dan 11 malam, 11 Februari lalu.
Mengikut pertuduhan, Mohd Afizal yang juga pekerja kilang, didakwa memiliki dua paket mengandungi 12 biji mercun naga pada jam 8.45 malam sebelum perlawanan berlangsung.
Muhammad Khairi yang bekerja sebagai nelayan, didakwa memiliki empat biji mercun bola pada jam 11 malam pada tarikh dan tempat sama.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Demikianlah Artikel Perusuh stadium kena jel empat hari
Sekianlah artikel Perusuh stadium kena jel empat hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perusuh stadium kena jel empat hari dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/perusuh-stadium-kena-jel-empat-hari.html