'PM tak patut terajui kementerian kewangan'

'PM tak patut terajui kementerian kewangan' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'PM tak patut terajui kementerian kewangan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'PM tak patut terajui kementerian kewangan'
link : 'PM tak patut terajui kementerian kewangan'

Baca juga


'PM tak patut terajui kementerian kewangan'

Kow Gah Chie


Bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican menyertai gesaan supaya berlaku pemisahan peranan antara perdana menteri dan menteri kewangan.

Beliau turut berpendapat bahawa peguam negara tidak sepatutnya menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan membuat keputusan terakhir berhubung pendakwaan.

Latifah, yang juga timbalan presiden Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) bersetuju dengan pandangan sama disuarakan oleh kumpulan Melayu G25 dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

"Sudah tentu, menteri kewangan adalah menteri kewangan. Begitu juga, banyak organisasi masyarakat sivil telah membangkitkan isu bahawa peguam negara adalah penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pengadil akhir untuk membuat keputusan mengenai pendakwaan.

"Terdapat percanggahan di sini," katanya pada sidang akhbar semalam.

Sebaik-baiknya, beliau berkata peranan ini perlu diasingkan dan negara ini mesti melaksanakan proses tertentu untuk memastikan sistem semak dan imbang.

"Di kebanyakan negara, mereka mempunyai pejabat pendakwa raya (berasingan daripada pejabat Peguam Negara), sedangkan kita digabungkan,"  katanya menambah keadaan itu tidak wajar berlaku di Malaysia.

Dimulakan Mahathir

Amalan memegang jawatan perdana menteri dan menerajui kementerian kewangan serentak dimulakan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan pada 1998 hingga 1999 dan dari 2001 hingga 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi juga memegang jawatan menteri kewangan sepanjang tempoh perkhidmatan dan ia teruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir, yang meninggalkan Umno untuk membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dilapor menyeru pemisahan peranan perdana menteri dan menteri kewangan untuk mengelak berulangnya kegagalan 1MDB.

Sementara itu, Latifah juga mahu kuasa legislatif dikembalikan semula supaya parlimen boleh menjadi lebih berdikari.

"Parlimen harus mempunyai pentadbiran sendiri dan (menjadi) bebas. Parlimen harus mengambil pekerja (kakitangan sendiri) untuk mengembangkan kepakaran sendiri dan mereka boleh membantu ahli parlimen untuk melakukan kerja mereka dengan lebih baik.

"Tetapi, pada masa ini pegawai-pegawai parlimen dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan oleh itu mereka boleh disingkirkan (oleh kerajaan)," katanya.

"Mesti ada pemisahan fungsi eksekutif dalam berurusan dengan belanjawan dan juga (pengurusan) parlimen," kata Latifah.



Demikianlah Artikel 'PM tak patut terajui kementerian kewangan'

Sekianlah artikel 'PM tak patut terajui kementerian kewangan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'PM tak patut terajui kementerian kewangan' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/pm-tak-patut-terajui-kementerian.html

Subscribe to receive free email updates: