Judul : PR1MA perkenal Skim Pembiayaan Fleksibel
link : PR1MA perkenal Skim Pembiayaan Fleksibel
PR1MA perkenal Skim Pembiayaan Fleksibel
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) hari ini memperkenalkan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) bagi membantu mereka yang sukar mendapat pembiayaan perumahan.
SPEF membolehkan pemohon yang membuat pembelian rumah kali pertama mendapat pembiayaan sesuai dengan pendapatan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata skim itu membolehkan pembeli yang layak membayar ansuran bulanan pinjaman rumah pada kadar yang lebih rendah daripada pinjaman biasa.
Skim ini khas untuk pembeli kediaman PR1MA dan ia memudahkan pembeli rumah pertama kerana ia meningkatkan peluang mereka mendapatkan pinjaman serta memberikan akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding pinjaman konvensional.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengumumkan skim itu hari ini.
Skim itu adalah susulan pengumuman Bajet 2017 oleh Perdana Menteri mengenai pembiayaan baru PR1MA untuk membolehkan lebih ramai dapat peluang memiliki kediaman.
Skim pembiayaan itu dilaksanakan PR1MA dengan kerjasama Bank Negara, Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.
Demikianlah Artikel PR1MA perkenal Skim Pembiayaan Fleksibel
Sekianlah artikel PR1MA perkenal Skim Pembiayaan Fleksibel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PR1MA perkenal Skim Pembiayaan Fleksibel dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/pr1ma-perkenal-skim-pembiayaan-fleksibel.html