Judul : Qatar setuju bantu pelarian Rohingya di Malaysia
link : Qatar setuju bantu pelarian Rohingya di Malaysia
Qatar setuju bantu pelarian Rohingya di Malaysia
ANTARAPOS.COMDOHA: Qatar melalui Qatar Development Fund (QDF) bersetuju untuk membantu pelarian Rohingya dari Myanmar yang berada di Malaysia.
Melalui kerjasama itu, QDF akan menyalurkan bantuan kewangan, manakala Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi penyelaras projek.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada tiga aspek utama, iaitu latihan, pendidikan dan kesihatan.
Katanya, pelarian yang layak menerima bantuan adalah mereka yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
"Latihan separa mahir dan mahir akan diberikan kepada pelarian Rohingya dan selepas tamat, mereka berpeluang bekerja di bidang perladangan dan perkilangan, terutama pengeluaran perabot," katanya selepas mengakhiri lawatan kerja ke Qatar, malam tadi.
Katanya, dana dari QDF juga akan digunakan untuk menubuhkan kelas pra sekolah dan sekolah rendah untuk anak pelarian Rohingya.
Selain itu, katanya satu skim insurans dengan caruman dibayar oleh QDF dicadangkan diperkenalkan bagi membolehkan pelarian Rohingya mendapat bantuan perubatan.
Demikianlah Artikel Qatar setuju bantu pelarian Rohingya di Malaysia
Sekianlah artikel Qatar setuju bantu pelarian Rohingya di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Qatar setuju bantu pelarian Rohingya di Malaysia dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/qatar-setuju-bantu-pelarian-rohingya-di.html