Judul : Rafizi bidas TH berhubung pulangan lebih rendah
link : Rafizi bidas TH berhubung pulangan lebih rendah
Rafizi bidas TH berhubung pulangan lebih rendah
MALAYSIAKINIJumlah itu, kata Rafizi, hanya sedikit lebih baik berbanding kadar deposit tetap oleh bank.
“Maksudnya, sesiapa sahaja boleh memberikan kadar pulangan sekitar 3.83 peratus tanpa membelanjakan ratusan juta wang penabung dengan menyimpan semua RM64.74 bilion itu di dalam simpanan tetap di bank,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, prestasi tahun kewangan 2016 adalah yang terburuk sejak 2012 dengan menyaksikan kadar peratus untung bersih hasil dari pelaburan Tabung Haji menggunakan wang pendeposit merudum sebanyak 36 peratus dari 5.96 peratus pada 2015 kepada 3.83 peratus pada 2016.
Walaupun prestasi yang lebih rendah, Tabung Haji mengumumkan bonus tahunan sebanyak 4.25 peratus bagi 2016. Bonus tambahan sebanyak 1.5 peratus juga diberikan kepada mereka yang belum menunaikan haji.
Bonus tahunan bagi 2015 adalah lima peratus dan tambahan tiga peratus bagi mereka yang belum menunaikan haji.
Rafizi berkata bonus tambahan lebih rendah bagi mereka yang belum menunaikan haji bermakna ia akan mengambil masa yang lama untuk pendeposit untuk mencapai sasaran kewangan mereka untuk menunaikan ibadah haji.
Tabung Haji mencapai keuntungan bersih sebanyak RM2.48 bilion pada 2016, turun 29.8 peratus daripada RM3.54 bilion pada tahun sebelumnya.
Demikianlah Artikel Rafizi bidas TH berhubung pulangan lebih rendah
Sekianlah artikel Rafizi bidas TH berhubung pulangan lebih rendah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi bidas TH berhubung pulangan lebih rendah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/rafizi-bidas-th-berhubung-pulangan.html